Zykaj dicari, bunuh lapan ahli keluarganya

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

POLIS sedang memburu seorang lelaki yang melarikan diri selepas menembak sehingga mati ahli keluarganya, termasuk dua kanak-kanak, semalam.

Menurut kenyataan polis, Ridvan Zykaj, 24, menembak mati lapan orang dari dua keluarga Zykaj di perkampungan Resulaj, 90 kilometer di selatan ibu negara, Tirana, Albania.

“Suspek meninggalkan lokasi kejadian selepas melakukan pembunuhan itu dan masih bebas,” kata polis sambil menambah, motif kejadian masih tidak dapat dipastikan.

Polis turut menyiarkan foto suspek dan meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat selain memberi amaran, lelaki itu dikategorikan sebagai berbahaya.

Mangsa yang terbunuh termasuk datuk saudara suspek, anak-anak lelaki kepada mangsa dan beberapa saudara-mara lain.

Polis juga memberitahu, kedua ibu bapa suspek kini ditahan sementara untuk soal siasat.

Media tempatan melaporkan, antara yang maut ialah kanak-kanak berusia sembilan tahun, seorang remaja perempuan dan tiga wanita.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment