Zombie Parti Komunis Malaya bukan dari peserta perarakan kemerdekaan

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang mengesahkan tiada peserta perarakan sambutan kemerdekaan yang mengenakan pakaian seolah-olah uniform Parti Komunis Malaya (PKM).

Exco Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, gambar perarakan yang tular di media sosial itu tiada kaitan dengan peserta perarakan sambutan kemerdekaan ke-61.

“Mereka bukan dalam perarakan (sambutan kemerdekaan). Mungkin kumpulan lain yang sengaja cetuskan isu.

“Kita pun nak tahu lebih lanjut siapa yang buat. Tapi ini tiada dalam senarai peserta perarakan kerajaan negeri,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan tohmahan yang cuba memburukkan imej kerajaan negeri kononnya mengenang pejuang komunis.

Sebelum ini, tular di media sosial mengatakan sambutan kemerdekaan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang seperti cuba mengenang perjuangan PKM.

Ia berikutan pakaian yang dikenakan sekumpulan perarakan di Padang Kota Lama kelihatan seperti warna simbolik kepada uniform PKM zaman darurat.

Gambar itu turut mendapat pelbagai kecaman netizen di media sosial yang menzahirkan rasa bimbang dengan insiden itu.

 

Sumber :
– http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/bukan-peserta-perarakan-1.874824


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment