“Zim, tolonglah masukkan duit sekarang, aku nak bayar tol ni…aku merayu !” – Netizen

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Malam tadi kat surau shell R&R seremban. Terdengar seorang abang bercakap melalui telefon sebelah kereta saya.

“Zim tadi kau cakap nak masukkan duit,kenapa aku check tak masuk lagi. Zim tolonglah masukkan sekarang,aku takda duit nak bayar tol ni. kalau kau tak dapat bayar semua hutang aku,kau bayar rm100 pun takpe dah,lepas minyak dan tol aku. aku merayu kat kau zim”.

Saya dari nak tidur,terus tak jadi. Terus pasang telinga nak tahu apa ending abang ini. selepas 5 minit abang tu call lagi. Zim..tolonglah angkat.. zim.. tolonglah angkat.. ya Allah.. (sambil dia tepuk dahi berkali kali)

Saya yang dengar terus sebak. geram pun ada. apa punya kawan sampai kena merayu begitu sekali untuk minta hutang.

Saya keluar kereta bagi kat abang tu rm50. Abang,maaf saya dengar perbualan abang tadi,saya nak bantu abang sikit supaya lepas bayar tol. Saya pandang dalam kereta ada anak isteri lagilah rasa sebak. Abang tu berkali kali ucap terima kasih,anak-anak dia keluar kereta salam cium tangan saya. 

Allahu. Sebak sangat. Setiap kali saya bermusafir selalu doa supaya dapat tolong orang dalam kesusahan. Setiap kali dapat tolong orang jiwa tenang sangat sangat. Walaupun kita bukan orang kaya,tapi kena selalu niat nak bantu orang dalam kesusahan. Yakinlah balasan Allah berlipat kali ganda dunia akhirat.

Nasihat buat Sahabat dan diri sendiri, satu rahmat besar jika orang kesiankan kita bagi hutang,tapi jika kita berhutang tolonglah jangan lari dari bayar hutang. Jika tidak mampu bayar pada waktu dan jumlah yang dijanjikan bincanglah elok-elok bukan aniaya orang sehinggakan mesej dan call tak jawab.

Moga الله mudahkan kita semua untuk langsaikan hutang sebelum terpisahnya ROH dari jasad.

Via Muhammad Ahmad

#MalaysianResponseTeam
#MRTeam
#MRT


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment