Wartawan Al Jazeera kini disiasat Polis ekoran pendedahan jual bayi di Malaysia

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Polis mengambil keterangan seorang wartawan Al Jazeera bagi membantu siasatan laporan media antarabangsa itu yang mendakwa Malaysia sebagai hub penjualan bayi pada minggu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab bagi menjalankan siasatan terhadap kegiatan yang melanggar undang-undang termasuk penyeludupan bayi.

MALAYSIA BUKAN HUB JUAL BAYI KATA KETUA POLIS

“Wartawan wanita warga tempatan itu memberi kerjasama yang baik dan polis faham kenapa beliau membuat laporan itu…jika perlu kita akan panggil lagi beberapa individu yang berkaitan bagi membantu siasatan.

“Saya sekali lagi ingin nafikan Malaysia bukan hub penjualan bayi…takkan kita nak biarkan pula kegiatan menjual bayi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, yang dilaporkan berkata polis sudah memanggil kru produksi stesen televisyen berkenaan untuk siasatan lanjut berhubung kesahihan laporan tersebut.

wartawan-al-jazeera-kini-disiasat-polis-ekoran-pendedahan-jual-bayi-di-malaysia-2

Khalid berkata polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kesihatan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat mana-mana individu yang terlibat dengan kegiatan itu.

Terdahulu Khalid melancarkan Program Menambah Anggota Koperasi Polis DirajaMalaysia dan laman sosial Facebook koperasi berkenaan di Bukit Aman, di sini, hari ini.

 

Kredit :
– themalaymailonline
– MyNewsViral

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=otvWPV_7cK0[/embedyt]

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment