Warga emas meninggal dunia lemas banjir dalam rumah

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

DUA warga emas ditemui lemas di dalam rumah di dua lokasi berasingan di Kampung Masjid dan Jalan P Ramlee yang dilanda banjir, hari ini. Komander Operasi Kanan Zon 1 negeri, Andul Rahman Norudin berkata, mangsa pertama, wanita 80-an ditemui pada 6.30 pagi di rumah orang tua-tua di Jalan P Ramlee.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di dalam rumah sebelum dibawa keluar untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, mangsa kedua pula lelaki lingkungan 70-an ditemui terapung di dalam rumah di Kampung Masjid, Jalan Perak pada 8.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia selepas diperiksa pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Mayat kedua mangsa akan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian yang sebenar,” katanya ketika ditemui di Georgetown, hari ini.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment