Wanita Ini Kongsi Kisah Hidup Tragis Pesakitnya Akibat Mangsa Penceraian Ibu Bapa.Sebak!

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Benar, jika tiada lagi persefahaman, rasa cinta dan kepercayaan, penceraian adalah salah satu penyelesaiannya.Namun demikian,Mak ayah yang sedang berkira-kira untuk meneruskan penceraian, fikirlah sedalam-dalamnya terlebih dahulu.Selagi boleh bertahan dan pertahankanlah ia, carilah penyelesaian yang terbaik demi masa depan anak-anak.

Meskipun bukan semua anak-anak mangsa penceraian bermasalah, sedikit sebanyak emosi anak-anak pasti akan terkesan, jiwa memberontak dan rasa kekurangan dengan kehidupan keluarga yang berpecah belah.

Sayang sekali, anak-anak yang cemerlang pada permulaannya, berakhir kisah hidupnya apabila bergelumang dengan najis dadah, terlibat dengan gejala sosial mahupun jenayah dan akhirnya meringkuk di tirai besi.

Sebak! apabila membaca perkongsian oleh Puan Nadiah Yusof, mengenai salah satu kisah benar tragis anak akibat mangsa penceraian yang menjadi remaja bermasalah.Semoga kita, sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini.

Berikut antara perkongsian kisah benar yang beliau kongsikan;

Kes remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya kejadian 8 tahun lepas ketika saya masih seorang pelatih.Saya terima seorang pesakit awal 20-an yang ditetak dengan parang di kedua-dua belah tangannya. Kira-kira tak lebih dari 10 deep laceration wound di sana. Dia datang bersama-sama sepasukan anggota polis dalam keadaan separuh sedar.

Rompak & Bunuh 3 Orang

Ini kali pertama saya lihat luka seperti itu. Pucat muka & berdebar jantung saya. Hasil maklumat dari pihak polis, dia ditangkap setelah merompak & membunuh 3 orang penghuni rumah- isteri, anak berusia 3 tahun&orang gaji. Tak bernasib baik, belum sempat dia melarikan diri, sang suami pulang ke rumah dan menangkapnya. Akibat amarah, si suami menetak dan orang kampung mencurah cuka pada lukanya. Padanlah separuh masak isinya.

Saya lihat betul-betul wajahnya. Sampai sekarang saya masih boleh ingat wajahnya. Orangnya masih muda, wajah putih bersih tak nampak seakan penjenayah. Janggut sejemput seperti seorang ustaz layaknya. Benarlah kata orang, jangan menilai orang dari rupa/luarannya. Pesakit ini rupa-rupanya penagih dadah. Malah, Sebelum pecah masuk dia sempat mengambil 16 biji pil ekstasi. Dalam keadaan tidak sedar,dia membunuh semua yang berada di rumah. Malah anak kecil berusia 3 tahun itu ditemui di dalam bilik air dalam keadaan perut terburai.

Pelajar Cemerlang SPM

Bila masuk ke ward, social history lbh terperinci di dapati. Kisah hidup anak muda ini tragis. Dia adalah pelajar cemerlang (10A) di dalam SPM. Malah ditawarkan jurusan perubatan. Tetapi dia terkesan dengan perceraian kedua ibu bapanya. Dia tidak dipedulikan, maka dia menentukan hidupnya sendiri. Dia berhenti belajar dan terlibat dengan najis dadah.

Ketika dia dimasukkan ke hospital tak ada seorang pun ahli keluarganya kelihatan. Malah pihak hospital mengalami masalah mendapatkan maklumat dari ahli keluarganya. Ada no telefon yang diberikan tetapi tidak mengaku mempunyai pertalian denngannya. Malah tiada siapa yang melawatnya di hospital.

Kisah anak muda ini selalu saya ceritaka untuk mengingatkan betapa durjana najis dadah. Begitulah dadah memusnahkan segalanya. Walaupun pesakit ini bekerja, tetapi ianya tak mampu menanggung desakan ketagihan dadah. Dalam 2 hari habis duit gaji sebulan untuk membeli dadah. Habis duit gaji, terpaksa mencuri. Natijahnya terpalit pada insan tak berdosa.

Keluarga Pecah Belah

Sepanjang bertugas di Jabatan Kecemasan dan mengendalikan kes OSCC, 90% (anggaran kasar & personel) dari kes rogol, sumbang mahram,sodomy malah dadah terhasil dari broken family. Ketika ini lihat dimana anak-anak kita. Dengan siapa mereka berkawan. Jika selama ini kita tak pernah peduli, mulakanlah sekarang. Periksa diri kita sebagai ibu bapa. Kita adalah acuan mereka. Jika hasil tidak molek, acuannya yang tak kena. Berhentilah menyalahkan orang lain sebaliknya berlapang dada memperbaiki diri kita.

Sikap kita juga mesti diperbaiki. Hentikan sikap menghukum.Sejahat manapun seorang manusia, Allah membuka ruang untuk hambanya bertaubat..siapalah kita untuk menentukan syurga neraka seorang manusia. Boleh jadi mereka yang kita cerca lebih mulia dari kita jika mereka bertaubat nasuha.

Pesakit saya itu, tiada siapa berani mendekatinya mungkin kerana perbuatannya dan mungkin kerana terlalu ramai anggota polis menggerumuninya. Saya masih ingat soalan yang ditanya ketika dia sudah sedar dari ‘high’, baru sedar dia membunuh 3 nyawa.

“Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh.”

“Sebab kamu manusia.. manusia buat silap.kalau kamu bertaubat boleh jadi kamu lebih mulia dari saya.”

Ketika itu saya sebak. Mengenangkan dia seorang yang hampir punya masa depan gemilang bakal berakhir di tali gantung kerana dadah & masalah keluarga.

Sumber: Nadiah Yusof
Kredit : www.mingguanwanita.my

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment