(Video) Suspek Bunuh Pemandu Grab Direman

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Suspek Bunuh Pemandu Grab Direman

Mahkamah Majistret Selayang membenarkan permohonan polis bagi menahan reman seorang pekerja pasar borong Selayang bagi membantu sisatan kes pembunuhan seorang pemandu Grab dua hari lalu.

Penolong pendaftar Hasliza Razak membenarkan warga asing Myanmar berusia 29 tahun ini reman selama 7 hari mulai hari ini.

Reman dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori.

Mayat Aiman Nosri, 27, dijumpai dalam keadaan tertungkup di tempat duduk belakang keretanya pada jam 8.20 malam di tempat letak Taman Selayang Makmur.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematiannya disebabkan sesak nafas.

Polis berkata terdapat kesan jerutan pada leher mangsa dan kesan melecet dipercayai ditekup menggunakan baju T miliknya sendiri.

Siasatan lanjut mendapati dompet serta satu telefon bimbit milik mangsa juga hilang.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags: ,

Related Posts

Add Comment