(Video) Suami kantoi dengan isteri bersetubuh dengan anak

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Kelakuan terkutuk si suami selama setahun akhirnya diketahui isterinya sendiri apabila video sumbang mahramnya ‘jatuh’ ke tangan pasangannya tersebut. Suspek yang hanya dikenali sebagai MM, 43, telah berjaya ditahan oleh pihak polis Indonesia atas perbuatan jijiknya terhadap anak kandung sendiri yang berusia 15 tahun di Kepoh, wilayah Jawa Timur.

Menurut si isteri, suaminya telah menyuruhnya mengambil telefon bimbit yang sedang dicas dan dalam perjalanan menuju ke sawah berhampiran rumah mereka, si isteri tanpa sengaja telah membuka galeri gambar dan video gajet tersebut.

Alangkah terkejutnya apabila si isteri menjumpai beberapa video milik suami dan anaknya yang sedang melakukan hubungan intim.

Wanita yang berusia 40 tahun itu kemudian terus bergegas membuat laporan di sebuah balai polis berhampiran dan suspek telah berjaya ditahan tidak lama kemudian.

Pihak polis Kota Komba Kepoh mengesahkan sekurang-kurangnya enam hingga tujuh rakaman video yang memaparkan adegan persetubuan tanpa seurat benang di badan suspek dan mangsa, ditemui.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=SdWrzoihmGw[/embedyt]

Apabila disoal siasat pihak polis, mangsa mengakui bahawa bapa kandungnya itu telah melakukan perbuatan sumbang mahram itu sejak setahun yang lalu.

Malah, video itu turut dijadikan sebagai bahan ugutan jika mangsa melaporkan perkara itu kepada orang lain. Selain itu, dia juga diugut akan diberhentikan sekolah dan dipukul oleh suspek.

Tambah mangsa, sebanyak lapan kali dia telah dipaksa untuk melakukan hubungan seks iaitu sejak awal tahun lalu. Pihak polis Kota Komba Kepoh telah menyimpan bahan bukti dan suspek bakal dibicarakan pada minggu hadapan.

Sementara itu, mangsa dan ibunya telah dipindahkan ke sebuah pusat perlindungan selepas pihak hospital mengesahkan mangsa telah hamil 3 bulan hasil hubungan terlarang itu.

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment