(VIDEO) MB Perak naik lori, kutip sampah bersama pekerja

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PETALING JAYA : Berpakaian seperti pekerja pembersihan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini menaiki lori sampah dan mengutip sampah di beberapa kawasan perumahan serta pusat bandar Ipoh bersama-sama pekerja MBI.

Menteri besar Perak itu melakukan pemeriksaan di beberapa kawasan sekitar Ipoh bersama pekerja MBI yang turut disertai Datuk Bandar Datuk Zamri Man.

Beliau berkata, “penyertaannya” pada pagi itu secara mengejut dan tidak dirancang.

“Pagi ini merupakan kejutan yang tidak dirancang kerana kalau saya maklumkan, bermakna mereka akan membuat persiapan. Jadi saya tidak maklumkan kepada mereka.

“Ini merupakan usaha untuk kita mendekati mereka dan mewujudkan semangat kerja berpasukan. Saya juga perlu turun ke bawah selain merasai kerja mereka kerana di Perak, kami membangunkan negeri ini secara berpasukan,” katanya sebagaimana dilaporkan Perak Today.

 

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=hEDFIx9j_nE[/embedyt]

 

Zambry berkata, beliau juga mahu memberi rangsangan kepada pekerja MBI bagi menjadikan Ipoh dan Perak amnya sebagai bandar raya terbersih di Malaysia.

Pada 2014, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pernah melakukan perkara seumpama itu dengan memanjat lori sampah.

Beliau turut membuat tindakan berani apabila memberikan nombor telefon peribadinya kepada orang awam dan meminta penduduk menghubunginya jika melihat sampah belum dikutip.

 

Sumber :
– freemalaysiatoday.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment