(VIDEO) Jenazah ibu timbul selepas sebulan

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

HUJAN lebat dipercayai punca jenazah yang masih lengkap berkain kapan naik ke permukaan kubur yang menggemparkan penduduk di Pontianak, Indonesia, sejak Isnin lalu. Jenazah berkenaan ditemui orang ramai di atas kubur di Pemakaman Umum Jalan Hasanudin, Kelurahan Sungai Jawi Luar, Pontianak Barat, Isnin lalu.

Menurut Jawa Pos, jenazah itu ditemui dalam posisi terlungkup di permukaan tanah dan berita penemuan jenazah berkain kapan itu merebak pantas, termasuk melalui media sosial menyebabkan orang ramai berpusu-pusu ke tanah perkuburan itu.

Seorang penduduk tempatan, Rio, berkata jenazah itu ditemui penduduk yang datang memotong rumput untuk makanan ternakan di kawasan perkuburan itu sebelum penemuan itu dilapor kepada polis.

Polis yang datang kemudian mengawal lokasi kejadian sehingga keluarga jenazah berkenaan datang.

Menurut penduduk, hujan lebat berlaku di Pontianak sejak beberaoa hari lalu dan peningkatkan paras air dalam tanah dipercayai menyebabkan jenazah berkenaan naik ke permukaan.

Ketua Polis Sektor Pontianak Barat, Komisioner Bermawis, berkata: “Siasatan mendapati jenazah itu dikebumikan sebulan yang lalu.

“Keluarga memberitahu ia adalah jenazah ibu mereka.”

Menurutnya, polis menjangka mayat itu timbul kerana air pasang dan bagi mengelak keadaan kecoh serta khabar angin tidak betul, jenazah berkenaan dikebumikan semula.

Sumber :
– https://www.hmetro.com.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment