(Video) Enggan tidur, pengasuh lemaskan kanak-kanak dengan selimut

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SEORANG pekerja pusat jagaan kanak-kanak ‘kantoi’ apabila rakaman kamera menunjukkan dia bertindak melemaskan seorang budak yang enggan tidur di bawah selimut.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu berdepan mimpi ngeri berikutan pengalamannya di Tadika Hongying, bandar Hezhou di wilayah Autonomi Guangxi, selatan China.

Rakaman CCTV menunjukkan pekerja terbabit menekap muka budak lelaki tersebut dengan selimut selama dua minit.

Selepas budak itu memberitahu ibu bapanya tentang pengalaman traumanya, polis dipanggil ke nurseri tersebut dan guru itu ditangkap atas tuduhan dera.

Ibu bapa budak lelaki itu juga ditawarkan pampasan sebanyak 50,000 RMB (£5,693).

Terdapat juga ibu bapa yang lain juga mengadu tentang pusat jagaan berkenaan, menyatakan bahawa ‘ramai’ kanak-kanak mengalami mimpi buruk di situ.

Ketuanya, yang tidak dinamakan dalam satu kenyataan berkata: “Kami akan bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan yang sedang berjalan dan tidak akan lari dari tanggungjawab jika didapati bersalah.”

Ibu bapa budak lelaki itu berkata mereka merancang untuk menggunakan wang itu bagi membayar terapi anak mereka.

Guru terbabit telah diberhentikan dan difahamkan nurseri itu masih beroperasi.

Sumber :
– http://www.mstar.com.my/


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment