(VIDEO) Bukan watak garang, Kak Ros cuma tegas didik Upin Ipin

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SHAH ALAM, 7 April — Lebih sedekad siri animasi Upin dan Ipin bersiaran, watak-watak sampingan juga tidak terkecuali melengkapkan cerita kanak-kanak kembar kampung itu.

“Kak Ros”, watak kakak kepada Upin dan Ipin yang kelihatan garang rupanya tidak digemari peminat cilik terutamanya kanak-kanak perempuan.

Pelakon latarnya, Siti Khairunnisa Riduan, lebih tiga tahun menjadi Kak Ros bagaimanapun menegaskan dia perlu berperanan sebegitu bagi melengkapkan cerita.

“Kita pernah buat karnival Upin Ipin dahulu. Gambar kak Ros di hadapan pentas dan saya berada di belakang pentas menjawab soalan peminat.

“Soalan yang selalu ditanya, kenapa Kak Ros garang. Kenapa selalu marah Upin Ipin,” katanya yang disenangi dengan panggilan Nisa dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

“Watak Kak Ros bukanlah garang. Dia tidak kasar cuma macam perbualan dengan adik beradik. Ayat selalu tak kasar kerana skripnya sudah ditapis.

“Lagipun dalam cerita Upin Ipin, mereka sering dimanjakan Opah dan Atuk mereka. Jadi Kak Ros ini kenalah bertegas,” kata akauntan yang tujuh tahun bekerja di syarikat Les’ Copaque.

 

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=6qkmOYmOu6Y[/embedyt]

 

Watak Kak Ros juga pernah dipertikai media sosial dalam satu dialog yang mendakwa layanannya terhadap adik-adiknya kelihatan biadap.

Mempertahankan dakwaan itu, Nisa berkata sepanjang pengalamannya menjadi Kak Ros, setiap dialog yang diucapkan watak itu mempunyai makna dan pengajaran.

“Walaupun garang tapi Kak Ros akan mengajar adiknya. Kalau tidak tegas nanti Upin Ipin jadi nakal.

“Lagipun siapa yang ikut cerita ini semua tahu watak Upin Ipin yang selalu menyakat. Upin Ipin tahu kakaknya marah manja-manja,” katanya lagi.

 

Sumber :
– www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment