(Video) Benar, kerajaan naikkan harga minyak adalah kerana takdir Tuhan” – Ustaz Azhar Idrus

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

“Benar, kerajaan naikkan harga minyak adalah kerana takdir Tuhan” Itulah kata-kata daripada penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus yang direspon kembali kepada kenyataan yang dibuat oleh seorang Ustaz yang berada bersama sebuah parti ketika berlakunya kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Respon tersebut berasaskan kepada qada dan qadar yang diimani oleh umat Islam tetapi ramai yang tidak faham ia perlu sejajar dengan dua perkara iaitu akidah dan syarak iaitu akidah mengatakan benar ia adalah ketentuan Tuhan tetapi syarak mengatakan “Kita perlu bertindak”. Tonton video di bawah ini untuk ketahui apa respon yang Ustaz Azhar Idrus katakan :

Tonton Video Di Sini :

Ada seorang ustaz tu…dia pun kaborlah apabila rakyat marah kerajaan naikkan harga minyak dalam keadaan membebankan rakyat pada hakikatnya pengeluar minyak. Bila kita pengeluar minyak sepatutnya minyak kita murah, tiba-tiba harga minyak naik untuk memberi pulangan yang sebenar perbelanjaan pihak mereka terlalu besar, jolinya besar hampir menjadi bankrap, jadi mereka dah tau dah kalau nak dapat RM10billion, naikkan 15 sen…kalau nak RM8billion naikkan 8 sen dan sebagainya…dengan harga barang-barang rakyat mesti beli. Jadi ini sebenarnya satu penindasan ke atas rakyat, faham ?

Kita lantik dia supaya dia lakukan keadilan, tetapi apabila kita lantik dia lakukan penindasan kepada rakyat.

Semua orang kata ini adalah zalim, melainkan seorang “ustaz” tu…tak payah sebutlah namanya. Dia kata ini ketentuan Allah…kena terima…kita jawab, betul. Semua yang baik dan yang buruk Allah telah tentukan dan wajib kita redha, betul tak ? Sebab tu rukun iman yang ke enam percaya kepada qada dan qadar baik dan buruknya.

Redha apa ? Kita redha Allah takdirkan nasib kita begini. Itu akidah. Dari segi syaraknya kita kena bertindak. Faham ?

Ada orang duk tepi jalan minum kopi tengok-tengok ada lori straight datang arah kita kerana tayar pancit. Semua orang lari kecuali kita sahaja tak lari. Orang ramai kata lari ! Dia pun kata “Biarkan kerana ia ketentuan Allah…” Ini bukan orang panggil cerdik tapi orang panggil bodoh.

Firman Allah “Apa yang datang kepada kamu ketentuan Allah yang baik maka katakanlah itu sebenar daripada Allah”. Inilah syariat, ini bukan hakikat. Faham ?

“Dan apa yang datang kepada kamu tidak elok, katakanlah salah dirimu” Tapi kerana akidahnya, “Katakanlah baik atau buruk hakikatnya keimanannya daripada Allah cuma kita ada akidah, agama dan syarak.

Kita redha harga minyak ini berlaku begini, kerajaan zalimkan kita tapi adakah kita duduk diam ? Tidak…kita kena bertindak supaya kerajaan yang tidak memikirkan tentang rakyat ini tidak lagi wujud di atas muka bumi…setuju ? Tak percaya sila tanya polis…tiap-tiap balai polis menerima aduan orang. Aduan jenayah…tiba-tiba datang ayah haji dan polis tanya :

Polis : Ada apa ayah haji ?
Ayah Haji : Ni nak kabor ni ada kawan saya kenal orang ni ada gambar ada no telefon dia tipu saya. Dia kata tanah ni nak jual saya beri RM10ribu dia ambik begitu begini saya ada bukti semuanya

Polis : Baliklah Ayah Haji…tak perlu report. Itulah ketentuan Allah…

Jadi tutup semua balai polis dan tulis di situ balai polis tidak menerima lagi sebarang laporan jenayah. Jika berlaku lagi jenayah pada diri tuan-tuan, ingatlah itulah ketentuan Allah…

Hancur tak Malaysia ni ?

Hancur lebur…

Mujur tak ramai ustaz bahalol seperti ini…

 

Kredit :
– Video Ustaz Azhar Idrus
– Ditulis Semula MyNewsViral

 

Tonton Video Di Sini :


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment