Upiak Isil dicerai selepas rakam ‘Tak Tun Tuang’

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Penyanyi Sumatera yang menggemparkan Malaysia melalui lagu sensasinya “Tak Tun Tuang” terpaksa menelan kepahitan hidup. 

Upiak Isil, berasal dari Padang, berkahwin pada 2013 tetapi bercerai dua tahun kemudian kerana tidak serasi, masalah dengan mertua dan orang ketiga.

“Lebih memilukan, selepas menjalani penggambaran muzik video lagu Tak Tun Tuang, suami menceraikan saya dan kemudian dia berkahwin dengan wanita lain,” katanya kepada mStar Online.

“Keluarga mertua tuduh saya kurang siuman kerana lagu ini dan bermula daripada situ saya berazam membuktikan kepada mereka saya mampu bergelar penyanyi.”

Gambar dirakam pada 24-11-2013 oleh R_studio Foto digital

Upiak, nama popular Silvia Nanda, ditemui portal itu selepas sidang media MVM Production di sebuah hotel di sini Khamis lalu.

Tidak menolak untuk terus bermastautin di Malaysia, beliau bagaimanapun akan berfikir dahulu sebelum meneruskan kerjaya di negara ini.

Liriknya “aku belum mandi, tak tun tuang, tapi cantik juga” meniti dari bibir ke bibir, daripada anak-anak kecil sehingga penyanyi popular negara ini.

Menyanyi sejak usia 13 tahun, Upiak merakamkan album sulung ketika 21 tahun. Kini pada usia 32 tahun, beliau sudah menghasilkan 15 buah album.

Sumber :
– http://www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
   

Related Posts

Add Comment