Tudung design World Map ini RM300 sehelai, ramai sanggup beratur panjang membeli

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Semalam aku pergi ke butik dUCk Scarf di Pavilion KL. Aku pergi sebab nak belajar tentang brand mereka. Masa aku sampai, berderet manusia beratur. Mereka beratur sebab nak beli tudung yang ada design World Map. RM300 selai.

Aku masuk dan melihat sendiri semua koleksi tudung. Aku pegang scarf yang viral baru-baru ni, selai RM800 sold out dalam 5 minit katanya. Bila pegang memang ada rasa karen.

Hampir sejam aku kat situ, sentiasa ramai je orang yang beratur. Mula-mula aku ingat nak masuk butik kena beratur sebab kedai kecik takut sesak kat dalam tu nanti. Rupa-rupanya bukan. Kalau takat nak tengok-tengok saja kau tak payah beratur, kau boleh masuk je terus macam aku buat.

Yang beratur ni adalah orang yang sedang menunggu giliran untuk beli design tudung world map RM300 tu. Rasa lebih 200 pcs terjual kot semalam.

Bangsa-bangsa lain yang lalu pula semua kehairanan kedai apakah ini…Duck? Sambil blurr melihat orang beratur panjang. Butik Salvatore Ferragamo atau Burberry yang berhampiran pun krik krik krik saja.

Begitulah bila kita fahami direction brand yang kita nak bawa. Bukan sebab nak dapat duit jadi kaya mati lambat, tapi sebab PASSION & BELIEF. Melalui 2 benda ni, kita boleh lahirkan fans yang setia dengan kita.

Cukup la takat tu. Aku cerita panjang-panjang, bukan korang minat pun. Huhuhu

 

Kredit :
– Hazrezal Ahmad

 

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment