Tuduhan RM90 juta Husam makan diri, PAS tidak mempunyai akaun Affin Bank

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PAS SUBANG GUNA AKTA BANK DAKWA HUSAM

PAS kawasan Subang telah mengikut jejak langkah beberapa kawasan lain dengan membuat laporan polis terhadap ADUN Salor, Husam Musa. Laporan itu dibuat ekoran kenyataan Husam yang menuduh PAS telah menerima dana 90 Juta melalui Affin Bank daripada Barisan Nasional dalam satu ceramah di Kelantan baru-baru ini.

Menurut Yang Di Pertua PAS Subang, Ustaz Zaharudin Muhammad, selain menggunakan peruntukan Seksyen 499 Kanun Keseksaan seperti yang pihak lain lakukan, mereka juga telah membuat laporan mengikut akta perkhidmatan kewangan 2013. Ini kerana Husam telah mengaitkan nama Affin Bank sebagai institusi kewangan yang digunakan untuk menyalurkan wang tersebut.

PAS TIADA AKAUN AFFIN BANK

Beliau menyatakan bahawa PAS tidak mempunyai akaun di Affin Bank. Jika benar Husam mendakwa ‘tahu’ tentang aliran wang di dalam Affin Bank milik orang lain, maka ia adalah kesalahan di bawah Financial Services Act 2013 (FSA 2013 dan IFSA 2013). “Mungkin Hussam menipu orang ramai kerana mustahil Husam mengetahui data bank yang dikategorikan sebagai maklumat sulit yang dilindungi oleh FSA 2013 dan IFSA 2013. Atau mungkin Husam diberikan maklumat yang salah oleh pihak ‘orang dalam’ Affin Bank dan jika ini benar, maka penyimpan di Affin bank tidak selamat dan ‘orang dalam’ itu mesti dicari dibawah kesalahan akta FSA dan IFSA. Atau mungkin jika benar orang itu adalah pimpinan PAS, mungkin itu urusan bisnes peribadinya. Atau jika benar itu adalah duit UMNO yang disalurkan melalui ‘orang UMNO’ kepada ‘orang PAS’ untuk parti, maka saya juga ingin tahu siapakah orang itu supaya senang saya buat gerakan menendang orang itu keluar daripada parti. Yang pasti bukan diterima oleh PAS, kerana PAS tidak mempunyai akaun di Affin Bank.”

Beliau menambah, “keselamatan pihak data penyimpan di Affin Bank adalah lebih utama untuk disiasat oleh polis justeru ia melibatkan kepentingan awam jika benar ada “orang dalam” membocorkan maklumat tersebut sebagaimana dakwaan Husam sebagai ‘dia tahu’. Bagi kepentingan awam ini, maka pihak PAS kawasan Subang membuat laporan polis atas penyalahgunaan dan manipulasi maklumat dalaman Affin Bank.”

MAKLUMAT PELANGGAN ADALAH SULIT

Mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, maklumat akaun pelanggan institusi lewangan adalah rahsia sulit. Ia tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga. Justeru itu memiliki maklumat pihak lain dari Affin Bank sebagaimana yang didakwa Husam adalah kesalahan besar dan dianggap satu jenayah.

Laporan polis telah dibuat di balai IPK Sungai buloh hari Isnin 20 Februari 2017. Turut bersama ialah Ustaz Nasir selaku Ketua Urusan Ulama, Ustaz Hanafi Zulkafli selaku Ketua Pemuda Kawasan siti Rohaya Ahad selaku ketua Muslimat Kawasan dan disertai sekitar 10 orang yang lain daripada pihak PAS Kawasan Subang sebagai memberikan sokogan terhadap laporan ini.

Sebelum daripada itu, tiga dewan pemuda pas negeri serta 12 pemuda kawasan telah membuat laporan yang sama terhadap Husam. Negeri tersebut ialah Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Terengganu manakala 12 kawasan lain semuanya daripada Kelantan sendiri.

Tambah Ustaz Zaharudin lagi, apabila seseorang ahli politik disabitkan kesalahan jenayah, kelayakan mereka untuk menjadi wakil rakyat akan terlucut. Inilah yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditanya oleh wartawan berhubung kenyataan Husam tersebut.

KENYATAAN AKHBAR PAS KAWASAN SUBANG
(Isnin, 20 Februari 2017)

PAS Kawasan Subang telah meneliti video YB Datuk Husam Musa berkenaan dakwaannya bahawa PAS menerima RM90 juta daripada UMNO. Pihak kami memandang serius dakwaan ini justeru jika benar, maka ia dilihat bercanggah dengan garis panduan syariat berkenaan menerima hadiah dan sumbangan khususnya daripada pihak musuh di samping ianya juga bercanggah dengan integriti dan moral itu sendiri. Tetapi pihak PAS Kawasan Subang melihat dakwaan YB Datuk Husam Musa lebih bersifat ‘membuat kecoh’ justeru maklumat dalaman bank di Malaysia ditahap ‘maha rahsia’ yang dilindungi oleh akta-akta dan undang-undang.

Memandangkan asas dakwaan oleh pihak YB Datuk Husam Musa adalah maklumat yang dia ‘tahu’ berkenaan aliran wang di Affin Bank (Berhad), maka pihak PAS kawasan Subang memandang serius dakwaan ini justeru jika benar, maka ia telah melibatkan keselamatan data pelanggan di Affin Bank Berhad yang di lindungi di bawah Islamic Financial Services Act 2013 jika ia membabitkan akaun Islamik dan Financial Services Act 2013 jika ia membabitkan akaun konvensional.

Mungkin YB Datuk Husam menipu orang ramai kerana mustahil beliau boleh mengetahui data bank yang dikategorikan sebagai maklumat maha-sulit yang dilindungi oleh FSA 2013 dan IFSA 2013. Atau mungkin Hussam diberikan maklumat yang salah oleh pihak ‘orang dalam’ Affin Bank dan jika ini benar, maka kesemua penyimpan di Affin bank adalah tidak selamat dan ‘orang dalam’ itu mesti dicari oleh pihak polis dan Affin Bank sendiri.

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=KcyOJ1Kp9yE[/embedyt]

Atau mungkin jika benar orang itu adalah pimpinan PAS, mungkin itu urusan bisnes peribadinya. Atau jika benar itu adalah duit UMNO yang disalurkan melalui ‘orang UMNO’ kepada ‘orang PAS’ untuk parti sebagaimana dakwaan YB Datuk Husam Musa, maka saya dan ahli PAS keseluruhannya juga ingin tahu siapakah orang itu supaya senang saya dan ahli-ahli PAS lain menendang orang itu keluar daripada parti. Yang cukup pasti ialah PAS tidak menerima apa-apa jumlah daripada Affin Bank Berhad kerana PAS tidak mempunyai akaun di bank tersebut.

Justeru itu, PAS Kawasan Subang melihat dakwaan YB Datuk Husam Musa ini lebih bersifat untuk membuat kecoh demi kepentingan politik partinya, bukan menjaga kepentingan awam. Jika benar sebagaimana dakwaannya, maka pihak kami mencabar Datuk Husam Musa bertanggungjawab mendedahkan siapakah orang yang didakwa itu supaya ia ditendang keluar daripada parti oleh ahli-ahli yang ikhlas. Selagi mana nama itu tidak didedahkan sendiri oleh YB Datuk Husam Musa, maka kami dan seluruh rakyat Malaysia berhak untuk mendakwa YB Datuk Husam Musa sebagai berbohong demi politik murahan.

Demi kepentingan awam, maka PAS Kawasan Subang telah meluluskan sebulat suara melalui mesyuaratnya untuk kes ini disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Oleh itu, satu laporan polis dibuat pada 20 Februari 2017, jam 10:37 pagi di IPD Sungai Buloh bernombor repot SG.Pelong/000727/17.

Sekian.

Zaharudin Muhammad,
Yang Dipertua,
PAS Kawasan Subang

 

Sumber :
PAS Kawasan Subang
– Rosdi Latif As-Syarqawi


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment