Tragik! Tiga beradik maut dikelar

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

BAGAN DATUK: Tiga beradik berusia sekitar dua hingga empat tahun maut dikelar manakala empat lagi parah selepas dipercayai dikelar dan ditetak seorang lelaki tidak siuman satu kejadian amuk di Kampung Sungai Haji Muhammad, di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah sekitar 2.30 petang pada Khamis, amukan lelaki berkenaan yang menyerang enam beranak itu turut menyebabkan ibu dan kakak sulung mangsa parah, sementara bapa mereka mengalami cedera ringan.

Astro AWANI turut difahamkan, terdapat beberapa mangsa yang cedera ketika cuba menahan serangan lelaki tersebut namun identiti mereka masih belum dikenal pasti.

Berdasarkan maklumat awal, seorang lelaki tidak siuman dengan gelaran Rambo telah memecah masuk ke dalam rumah keluarga itu dengan senjata tajam sebelum insiden itu berlaku.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, suspek yang bersenjatakan parang itu disyaki telah melibas ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan hingga mengakibatkan kematian manakala ibu mereka cedera parah.

“Kesemua mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Teluk Intan manakala mangsa maut dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI petang tadi.

Difahamkan, sejurus selepas kejadian itu penduduk kampung mula mengerumuni rumah keluarga berkenaan dan ada juga mengatakan bahawa lelaki yang didakwa tidak siuman itu telah kembali ke  Kampung Sungai Haji Muhammad, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi berkata pihaknya akan memaklumkan laporan lengkap apabila siasatan lanjut mengenai kejadian itu siap sepenuhnya.

Astro Awani akan melaporkan perkembangan terbaharu mengenai siasatan lengkap insiden ini dari masa ke masa.

 

Sumber :


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment