Tips jimat RM31.60 untuk tiket tren ERL ke KLIA yang ramai tak tahu

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Sejak 1 Januari 2016, harga tiket ERL telah dinaikkan dari RM35 kepada RM55. Pasti ramai yang terkesan terutamanya ‘Kaki Travel’ akibat kenaikan mendadak ini. Kali ini, kami nak kongsikan satu tips untuk jimat RM31.60untuk tiket tren KLIA Transit dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2.

Bagaimana caranya ?

  1. Dari KL Sentral, beli tiket KLIA Transit ke Putrajaya. Kos hanya RM14.00.
  2. Di stesen Putrajaya, keluar di stesen, naik lif/ eskalator, dan beli tiket ke KLIA. Kos hanya RM9.40. Jadi jumlah kos tiket hanya RM23.40, dapat jimat sebanyak RM31.60 atau lebih dari 50%.
  3. Tunggu tren seterusnya ke KLIA, biasanya dalam 15-20 min sahaja. Cek jadual tren di sini untuk merancang.
    www.kliaekspres.com
  4. Senyum dan ucap Alhamdulillah dapat jimat banyak.


Tips tambahan :
– Guna Touch N Go untuk jimat masa.
– Boleh juga transit di Bandar Tasik Selatan / Salak Tinggi. Stesen Putrajaya menjadi pilihan utama kami kerana platform tidak terlalu jauh dengan kaunter tiket dan ada kemudahan lif.

Info yang bermanfaat ? Sila share.

Kredit :
– Facebook Cilideals 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags: , ,

Related Posts

Add Comment