Terima kasih Peter kerana telah ‘mencarik hati kecil’ cikgu

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PETER YANG MENCARIK HATI KECIL CIKGU

Tahun lepas saya diminta oleh sebuah group NGO untuk mencari kanak kanak miskin supaya dapat diberi bantuan Back To School 2017. Saya dah kenal pasti 16 orang murid dan bantuan untuk mereka sudah pun diberikan.

Namun hari ini (hari kedua ) saya terkejut melihat susuk tubuh yang berpakaian lusuh koyak rabak hadir di dalam kelas saya. Kamu Peter kan? Auk cikgu…Saya bergegas mengambil list nama penerima…hanya adiknya Petrus sahaja yang tersenarai.

Maafkan cikgu Peter Daniel. Sebagai abang, Peter ini amat mementingkan adiknya, Petrus. Pernah sekali gurunya bertanya, mana pensil warna kamu? Aku nadai pinsil warna cikgu..aku empu udah ku beri enggau adik aku..jawabnya.Malah pensilnya banyak yang pendek. Pensil baru yang saya berikan pun diberikan pada adiknya.

Begitulah sayangnya Peter pada adiknya Petrus. Malah adiknya lebih pandai membaca berbanding dia. Namun Peter memang murid yang rajin. Berusaha untuk membaca dan kini sudah melepasi kelas pemulihan literasi. Tanpa berlengah saya pun menghantarkan mesej kepada 2 orang sahabat saya memang terkenal dengan sikap murah hati. Alhamdulillah kedua duanya sudi membantu. Terima-kasih kepada dua sahabat cikgu itu. Semoga Allah murahkan rezekinya. Untuk Peter Danial, nantikan kelengkapan baru persekolahan yang di taja oleh 2 orang auntie hebat. Harapan cikgu kamu akan jadi murid yang berjaya pada masa depan.

TERIMA KASIH PETER KERANA “MENGAJAR” CIKGU

Pagi ini, sampai sahaja ke sekolah, saya bergegas mencari Peter di kelasnya. Saya dapati dia masih memakai baju lusuh semalam. Peter, kita ke asrama sekarang, tukar baju kamu yang koyak tu. Dia menurut arahan saya. Kami berjalan menuju asrama. Tiada sedikit pun riak rasa diwajah Peter. Hanya selamba sahaja. Kalau murid lain tentu teruja melihat saya menjinjit plastik baju…tapi peter hanya diam…wajahnya pasrah. Setiba di asrama, saya meminta izin melihat locker dia.

Hanya sebuah beg yang mengandungi beberapa helai baju lusuh termasuk baju dan seluar sekolah yang carik. Ya Allah…hebatnya anak ini. Kalau anak-anak orang pertengahan sudah tentu tidak mahu datang ke sekolah jika tidak ada baju baru dan kasut baru. Tapi anak miskin ini sanggup berbaju lusuh demi ilmu.

Saiz kasut lebih besar daripada saiz kaki

INI SEMUA BAJU KAMU ?

Ini semua baju kamu? Ukai cikgu…bisi baju adik aku…dia menunjukkan baju adiknya Petrus. Hanya 2 helai sahaja baju dia, selebihnya baju adiknya. Malah kasut sekolah juga lama. Yang lebih mengharukan tahun ini dia memakai kasut adiknya dan adiknya dipakaikan dengan kasutnya. Peter rela pakai kasut sempit asalkan adiknya selesa. Itulah pengorbanan seorang abang. Peter dan Petrus anak iban dari Rh Drew Nyelam banyak mengajar kita bahawa miskin bukan dinding untuk mencari ilmu. Dia tak malu ke sekolah walau pun berbaju buruk dan koyak. Dia malu kalau tak pandai membaca.

Saya berikan sepasang baju seluar kasut dan stokin baru yang saya beli hasil derma seorang sahabat saya semalam. Dia macam serba salah nak pakai mungkin dia rasa bagus kalau adiknya yang pakai…tapi saya beritahu bahawa adiknya pun dapat baju baru. Barulah dia tersenyum. Peter menukar pakaiannya dan hari ini PETER DAPAT BAJU BARU.

Kemaskini status yang terbaru

Terima kasih puan Azlina dan puan Olivia kerana membuat dua beradik di mukabumi ini tersenyum.

Terima kasih kerana memudahkan hidup dua orang anak kecil ini.

Terima kasih Peter kerana ‘mengajar’ cikgu akan kemanusiaan.

Cikgu Emmet menulis dengan linangan airmata.

 

Kredit :
– Cikgu Emmet menulis

 

 

 

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment