Terbongkar kisah di sebalik pencuri lelaki berwajah cantik di Bandar Sunway KL

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SUBANG JAYA, 20 Feb — Seorang lelaki sanggup menyamar menjadi wanita untuk melakukan jenayah curi beg di surau wanita di pusat beli-belah Bandar Sunway di sini malam semalam.

Mengenakan solekan tebal, bertudung dan menutup aurat, lelaki berusia 21 tahun ditangkap mencuri beg tangan jemaah surau oleh seorang anggota polis yang menyedari gerak-gerinya, lapor Sinar Harian.

Suspek juga didapati baru saja dibebaskan dari Penjara Kajang 11 hari  lalu dan mempunyai lebih 10 rekod jenayah lampau bersabit kes curi dan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan suspek direman hingga esok,” kata sumber seperti dilapor portal itu.

Gambar lelaki itu yang ditangkap polis ketika masih berpakaian seperti wanita viral di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.

 

Sumber :
– www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment