“Tempoh menunggu giliran haji meningkat kepada 106 tahun” – Asyraf Wajdi

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

TEMPOH MENUNGGU GILIRAN HAJI MENINGKAT KEPADA 106 TAHUN

Pagi ni menjawab soalan di Dewan Negara mengenai kuota haji. Untuk makluman kuota haji yang diperuntukkan kepada Malaysia oleh Kerajaan Arab Saudi pada 2018 adalah sebanyak 30,200. Ini berasaskan ketetapan bersama Negara-negara di bawah Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) pada tahun 1978 yang memutuskan bahawa Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1% daripada penduduk sesebuah negara berasaskan perangkaan Prospek Populasi Dunia PBB.

Sehingga 28 Februari 2018, jumlah pendaftaran Haji sudah mencecah 2,915,406 orang. Ini bermakna tempoh menunggu giliran bagi pendaftaran baru ialah 106 tahun. Secara puratanya Tabung Haji menerima 35,000 pendaftaran baru setiap bulan. Secara tidak langsung menunjukkan tahap ekonomi rakyat Malaysia kini semakin meningkat dengan kuasa ekonomi atau membeli individu sudah bertambah.

Tiada istilah kuota khas diamalkan oleh Tabung Haji kerana setiap yang berdaftar akan terus menerima tahun giliran haji oleh sistem komputer yang tidak memungkinkan mana-mana pihak mengambil alih giliran tersebut.

Bagi yang membuat rayuan, ia bergantung kepada penarikan diri jemaah yang dijadualkan pada setiap tahun. Ini termasuklah akibat kematian, masalah kesihatan dan sebagainya. Faktor kedua ialah bergantung kepada ihsan Kerajaan Arab Saudi jika dikurniakan kuota tambahan bagi tahun-tahun terlibat.

Antara langkah yang dilakukan oleh Tabung Haji bagi menangani tempoh menunggu lama termasuklah:

i) Pendaftaran semula bakal haji hanya boleh dilakukan selepas 5 tahun dari tarikh kali terakhir menunaikan fardu Haji;

ii) Tidak menawarkan tempat untuk menunaikan haji kepada kanak-kanak di bawah 15 tahun walaupun telah berdaftar;

iii) Keutamaan rayuan diberikan kepada bakal-bakal haji yang berusia 75 tahun ke atas (jumlah yang berdaftar bagi berumur 70 tahun ke atas adalah 81,099 orang sehingga 26 Mac 2018). Ia bergantung juga kepada yang kelulusan pemeriksaan kesihatan.

iv) Keutamaan juga diberikan kepada yang menjadi mahram kepada bakal Haji.

Sumber : 
Facebook DR ASYRAF WAJDI DUSUKI


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment