Teki-teki dimana ular dalam semak daun ini merupakan ular sangat berbisa tetapi bodoh

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Jawapan kepada gambar dimanakah ular tersebut ?

Ular tersebut berada di tengah gambar.

Ini adalah Malayan Pit Viper aka Ular Kapak Bodo.

Mengapa digelar bodo?

Menurut Prof Khaldun, pakar kecemasan PPUKM yang juga Pakar Ular dalam satu kursus pengurusan kes patukan ular, kebiasaan ular selepas mematuk akan menyusur lari tetapi tidak bagi Ular Kapak Bodo.

Ular ini akan melingkar tetap ditempat asalnya.

Jadi risiko untuk dirinya dibunuh oleh manusia lain selepas ular tersebut mematuk adalah amat tinggi.

Sebab kebodohannya itu membinasakan dirinya juga.

Ular ini amat berbisa.

Bisanya membuatkan struktur sel darah beku rosak lalu berlaku pendarahan tanpa henti dan akhirnya boleh membawa Maut.

Rawatan utamanya adalah anti-Venom dan penawarnya amatlah mahal. Boleh mencecah berpuluh ribu untuk sebotol penawar sahaja. Bahkan kuantiti penawar amat terhad.

Bersyukurlah, ubat sebegini mahal masih disubsidi oleh KKM buat rakyat Malaysia.

Oleh itu, berhati-hati di kawasan redup dan penuh dedaun kering seperti dalam gambar.

Kais dulu longgokan daun-daun yang menimbun. Jika ada pergerakan daun walaupun ketika itu tiada angin, apa lagi buka langkah seribu terus!

Oh ye satu lagi. Jika mangsa terkena patukan ular, jangan anda terutama arjuna cuba-cuba berlagak hero nak sedut bisa daripada gadis yang dipatuk.

Kononnya nak cuba ‘mematuk’ hati gadis tersebut.

Silap hari bulan, tragedi Romeo and Juliet pula selepas itu.

Semoga bermanfaat.

Memang seriyau berdepan dengan ular ni.

 

Kredit :
–¬†Dr Afiq Rahim


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment