Tayar kereta pecah tengah malam, jawapan pegawai polis ini buat kami sekeluarga tersentak…

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Jom kita tularkan kebaikan anggota polis ini.

Terima kasih dari kami sekeluarga kepad pegawai polis bertugas di Balai Polis Sungai Dua, Seberang Prai pada 23-24 Mac 2017. Maaf saya terlupa untuk bertanyakan nama pegawai tersebut. Dia membahasakan dirinya sebagai Pak Teh dengan anak-anak saya dan dia berasal dari Sik Kedah.

Untuk makluman, kami dalam perjalanan dari Perlis ke Johor Bahru. Tayar kereta kami pecah di KM 110 PLUS Highway jam 11.35 malam 23 mac 2017.

Kereta ditunda ke sebuah kedai tayar berdekatan Balai Polis Sungai Dua jam 1.55 pagi 24 ma 2017. Kereta kami tidak dibekalkan dengan tayar spare bagi membolehkan kami menukar untuk penggunaan sementara.

Kami dimaklumkan oleh seorang uncle berketurunan cina yang kebetulan lalu di situ yang kedai tayar tersebut beroperasi bermula jam 10 pagi.

Dia juga memaklumkan yang tiada hotel di kawasan berdekatan. Hanya ada beberapa homestay tetapi pada awal pagi sukar untuk menghubungi pengusaha homestay.

Dengan 5 orang anak yang berumur antara 10-16 tahun terasa kurang selesa untuk kami berada di dalam kereta sementara menunggu kedai dibuka.

Suami mencadangkan untuk kami menumpang tidur di masjid berdekatan namun kebiasaannya masjid dikunci pada waktu tersebut.

Sementara memikirkan tindakan seterusnya kami ke balai polis berdekatan bagi menumpang bilik air. Sampai di balai polis, 2 orang pegawai bertugas bertanyakan masalah kami.

Selesai menggunakan bilik air, salah seorang pegawai bertugas menawarkan kami bermalam di rumahnya. Kami agak terkejut dan kurang percaya pegawai yang kami kenal hanya beberapa minit sanggup membenarkan kami menumpang di rumahnya.

Sungguh mulia hati budi beliau. Sebelum ke rumahnya, beliau memeriksa kenderaan kami bagi memastikan ia selamat ditinggalkan di situ. Kami bukan sahaja menumpang tidur di rumahnya namun beliau turut membekalkan makanan untuk kami sekeluarga.

Urusan penggantian tayar siap jam 11.45 pagi 24 mac 2017 dan kami bertolak ke Johor Bahru jam 12 tengahari. Jutaan terima kasih buat ‘Pak Teh’, segala budi baik tuan hanya Allah yang dapat membalasnya.

Amat bertuah pihak polis mempunyai pegawai yang bersikap sedemikian. Selamat Hari Polis ke 210 kami ucapkan dan semoga pihak tuan sukses selalu di dalam apa jua perkara.

Terima kasih sekalung tahniah.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment