Tawfik cadang Putrajaya hantar Zamihan ke China

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Tawfil Ismail mencadangkan kerajaan menghantar Zamihan Mat Zin ke salah satu wilayah orang Islam di China supaya penceramah kontroversi itu fahami masyarakat Cina dengan lebih baik. “Biar dia rasai kesejukan musim sejuk China supaya dia faham mengapa rakyat mereka tidak mandi beberapa kali sehari tetapi masih bersih,” katanya.

Tawfik menjawab Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan penceramah itu, yang menimbulkan kemarahan bulan lepas apabila mengkritik Sultan Johor kerana membidas seorang pengusaha dobi di Muar.

Zamihan juga membuat kenyataan menghina terhadap kebersihan orang Cina warga Malaysia.

Zahid baru-baru ini menggambarkan penceramah kontroversi itu sebagai seorang pakar pemulihan pengganas atau berpotensi menjadi pengganas. “Beliau adalah aset untuk memulihkan akidah, apatah lagi kembalikan kumpulan itu untuk ikut jalan yang benar dari segi agama,” katanya.

Bercakap kepada FMT, Tawfik menuduh kerajaan menyokong Zamihan secara “membuta-tuli”.

“Jawapan saya kepada sokongan Zahid kepada Zamihan ialah kerajaan patut hantar orang sepertinya ke wilayah orang Islam di China selama setahun untuk merasai pengalaman hidup sebagai seorang Cina Islam,” katanya.

Maszlee Malik, anggota pusat penyelidikan di Institut Darul Ehsan, turut mengkritik Zahid atas sokongan itu dan berkata sokongan itu tidak bernilai tanpa testimoni pakar.

Beliau berkata pihak ketiga perlu menilai keberkesanan program pemulihan yang dijalankan Zamihan.

“Pakar pihak ketiga seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Kerjasama dan Latihan Asia Tenggara (Seacat) atau mana-mana pakar dalam bidang itu mesti dilibatkan,” katanya kepada FMT.

“Kita berurusan dengan masa depan negara dan dengan usaha yang dibiayai wang pembayar cukai. Orang seperti Zamihan mesti bertanggungjawab dan telus.”

Maszlee, yang mengajar di Universiti Islam Antarabangsa, berkata pemimpin bukan Islam dalam Barisan Nasional juga harus bersuara dalam perkara itu.

Sumber :
– http://www.freemalaysiatoday.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment