Tambang tidak masuk akal, muallaf tawar teksi 10 sen

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SEMENYIH, 18 Feb ― Niat membantu masyarakat sambil beramal, seorang muallaf hanya mengenakan bayaran tambang 10 sen menghantar golongan kurang berkemampuan ke hospital untuk rawatan.

Menggunakan kereta Kia Spectra miliknya yang berusia lebih 10 tahun, Elvan Chan Abdullah, 34, berkhidmat di sekitar Kajang , Bangi dan Semenyih, lapor Harian Metro.

“Setakat ini sudah lebih 50 pelanggan menggunakan perkhidmatan saya. Kebanyakan mereka daripada keluarga miskin dan tidak mempunyai pengangkutan sendiri,” katanya yang sudah sebulan menawarkan perkhidmatan sedemikian.

Meski hanya meletakkan harga 10 sen, namun ada penumpang yang membayar lebih kepadanya.

“Biarpun mereka susah namun tetap menghulurkan tambang lebih sekadar kemampuan mereka, biarpun sudah dijelaskan hanya bayar 10 sen,” katanya.

Mendapat sambutan hangat, Elvan berhasrat mendapatkan kenderaan lebih besar seperti van bagi meluaskan perkhidmatannya.

“Kereta yang digunakan sekarang hanya boleh memuatkan empat penumpang. Sedih kerana kadang-kadang terpaksa menolak permintaan pelanggan.

“Setakat ini saya hanya ambil tiga penumpang sehari dan yang betul-betul memerlukan,” katanya bersyukur kerana keretanya tidak pernah rosak teruk sepanjang mengambil pelanggan.

 

Sumber :
– www.themalaymailonline.com
– Facebook Elvan Abdullah


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment