Tak puas hati niaga produk sama, peniaga lempar kata-kata lucah ugut untuk rogol

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PETALING JAYA: Marah dengan persaingan yang tidak diingini, seorang peniaga lelaki melemparkan kata-kata lucah dan mengugut merogol seorang wanita yang membuka gerai menjual minuman sepertinya.

Tindakannya yang berjaya dirakam menyaksikan beliau memarahi peniaga wanita itu dengan berkata, “Aku rogol kau kat sini karang!”

Berdasarkan kata-katanya, dipercayai peniaga lelaki itu beroperasi di sepanjang Sri Damansara selepas lebuh raya LDP terlebih dahulu sebelum peniaga wanita itu turut membuka gerai air berhampirannya.

Lelaki itu turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada wanita itu dan menuduhnya tidak sopan kerana tidak meminta izin dan secara tiba-tiba berniaga di situ.

Berpakaian baju bunga merah, bertopi merah dan apron, beliau bersama seorang wanita dalam pakaian yang sama, turut meluahkan perasaan tidak berpuas hati dengan persaingan diterima itu.

Wanita itu berkata, beliau turut kecewa dengan tindakan pesaing produk yang sama seperti mereka.

 

 

Antara 4,500 komen mengenai kejadian itu, ada yang menggesa laporan polis dibuat terhadap peniaga lelaki kerana ancaman rogolnya, sebahagian lain berpendapat peniaga wanita yang baru berniaga itu bersalah kerana turut menjual produk yang sama.

Sementara itu, pengguna Facebook lain pula mempersoalkan mengapa tidak mereka berniaga bersama secara aman dengan menjual produk pada harga yang sama.

 

Sumber :
– www.freemalaysiatoday.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment