Tak masuk akal, lelaki ini kongsi cara beli rumah, kereta dan kahwin dengan gaji RM2600

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Tips Beli Rumah + Beli Kereta + Kahwin Dalam Masa 3 tahun (Gaji Bersih RM2,600)

Saya rasa kali ni better korang share dulu posting ni. Kasi park dulu kat wall masing-masing. Panjang posting kali ni. Ye la nak cover 3 benda kan. Rumah, Kereta dengan Kawin dalam masa 3 tahun. Ko rase ? Ni kisah Arif yang baru jumpa dengan Fazlie Idris malam sebelumnya untuk sesi perancangan kewangan.

Arif : Aiman, jom kita beli rumah subsale nak ? Aku dengar boleh buat markup loan. Dapat cash back tu nanti boleh buat renovate rumah. Amacam menarik tak ?
Aiman : Mantap gak idea ko tu. Tak sangka mereng-mereng ko pun, ada masa fikir masa depan gak ei. Siap bagi idea bernas lagi tu.

Arif : Aku bukan apa, sejak Fazlie Idris ceramah aku malam tadi ada timbul keinsafan sikit. Tapi tu la, baru keje 6 bulan ni. Mana nak ada duit deposit.
Aiman : Fazlie Idris tu bagi tau apa lagi kat ko ?

Arif : Dia ada ajar aku cara main ASB. Menarik game plan dia. Slow and steady.
Aiman : Owh dia suruh simpan bulan-bulan ei. Lepastu cukup masa buat beli rumah ? Macam tu ke ?

Arif : Lebih kurang la. Tapi cara dia ohsem kot. Dia ajar guna ASBF.
Aiman : ASBF tu apa? Loan ASB aku tau la.

Arif : ASBF tu ASB Financing, sama je dengan ASB Loan. Tapi ASB Financing ni guna term Islamic. Kalau ASB Loan guna term konvensional. Setakat ni yang offer ASBF CIMB dengan Maybank je. RHB dengan Affin offer konvensional punya je.
Aiman : Owh macam tu. Dah tu apa yang menarik sangat guna ASBF tu ?

Arif : Ok macam ni…sambil keluar iphone 7+ dan buka apps EZ Calculator (Sila rujuk keterangan setiap gambar)

LANGKAH 1

Arif : Sekarang ni kita baru kerja kan. Gaji kasar pun sekitar 3 ribu je. So dia cadangkan kat aku buat simpanan sekitar RM1k sebulan.
Aiman : Nak simpan macam mana ? Simpan dalam Tabung Haji ?Arif : Eh bukan. Buat ASBF la. Ni dia panggil teknik ‘Force Saving’. Ha ko tengok ni, buat ASBF RM200k, rate 5.2%, tempoh pinjaman 30 tahun, tak payah ambil takaful sekali. Bulan-bulan bayar RM1100 la kalau genapkan.
Aiman : Dah tu bila masa nak beli Honda ? Duit ko bayar ASBF bulan-bulan tu dah bileh cover beli Honda City tau tak.

Arif : Haaa…Tu la…Fazlie Idris cakap kat aku, beli la kereta apa pun yang aku nak. Tapi lepas 2 tahun. Sekarang ni tahan dulu kehendak tu sekejap. Sebab nanti bank tang tolong bayarkan untuk aku.
Aiman : Aik macam mana tu ?

Arif : Haa Ni nak cite la ni…

LANGKAH 2

 

 

Arif : Bila kita bayar tiap-tiap bulan, cukup tahun ASB akan bagi dividen kan? Ok katakanlah ASB bagi dividen 6.75% je setahun. Dividen tu kita jangan usik. Buat-buat lupa dividen dah keluar. Lepas tu tiap-tiap bulan layankan aje bayar RM1100. Fazlie Idris bagi tau aku, teknik ni orang panggil teknik compounding.
Aiman : Dah tu sampai bila nak layan compounding ni ?Arif : Layan 2 tahun je. Bila cukup tahun nanti, bila dah update buku ASB tu, kita akan dapat sekitar RM28.8k++. Ni la modal aku nak beli rumah pertama aku. Ha amacam mantap tak ?
Aiman : Hek eleh…Tu je ? Kalau ko simpan bulan-bulan RM1100 pun memang dah dapat sekitar RM24k++ lepas tu tambah dengan dividen lagi. Beza sikit je pun takat ratus-ratus je pun. Baik buat simpanan bulanan, tak payah nak hutang-hutang ni.

Arif : Uish belum habis cerita lagi ni. Ko keje nak pancung je. Sabor la. Jangan la jadi typical Melayu Purba sangat. Satu lagi, ko betul ke boleh disiplin simpan RM1100 sendiri ? Baru Sogo buat sale dah menggelabah pegi shopping. Buat ASBF ni kurang-kurang akan bagi kita komitmen untuk simpan bulan-bulan.
Aiman : Eleh, tak yah la nak emo-emo. Pancung sikit je pun. Hahaha. Dah sambung, lepas tu macam mana ?

LANGKAH 3

Arif : Ok, lepas tu kita start la cari rumah. Cari yang Market Value sekitar RM200k tapi dia jual dalam RM160k je. Kira cari rumah bawah market value la. Fazlie Idris pesan cari area yang permintaan sewa tu tinggi. Contoh tempat banyak student. Kalau ada rezeki la.
Aiman : Eh ada ke rumah macam tu ? Rumah sekarang ni mahal-mahal kot. Lepas tu nak cari below market price lagi. Boleh ke ei ?Arif : Aku mula-mula macam ko gak. Sama je soalan yang aku bagi kat Fazlie Idris tu. Dia jawap kat aku senang je. Ada tengok Mudah.my ? Dah try cari ?
Aiman : So ? Ade ke ?

Arif : Memang ada kot. Hahahaha. Kita je yang tak tau. Macam ko lain Aiman. Ko ketegori malas nak cari. Hahahaha. Nak senang cari REN (Real Estate Negotiators) /REA (Real Estate Agent) la. Diorang tau je port.
Aiman : Aik, aku lak kene bahan. Ok lepas tu ?

Arif : Lepas tu apa lagi, letak la downpayment apa semua bagai. Downpaymet 10% dah RM16k lepas tu cost lawyer, valuer ape sume bagai ada la tambah lagi RM10k. So total dalam RM26k. Time ni bayar la guna duit dividen yang peram 2 tahun tu. Siap ada baki lagi.
Aiman : Haah la…Kenapa aku tak terfikir sebelum ni ei. Dah tu ASBF tadi terminate ke ?

Arif : Tak payah. Layankan je dulu bayar bulanan. Teruskan macam biasa. Sebab nanti nak guna lagi…

 

LANGKAH 4

Arif : Sebab ni rumah pertama aku, so bank boleh disbursed 100%. Dan disebabkan rumah ni Market Value dia RM200k. So aku pun layan la santak full loan. Nanti dah habis proses jual beli, aku boleh dapt Cash Back. Ni la yang orang dok sebut teknik mark up loan tu.
Aiman : Berapa dapat ? Menarik gak tu.Arif : Ok bank disbursed RM200k tolak balance yang aku nak kena bayar lagi RM144k so aku boleh dapat dalam RM56k (RM220k – RM144k = RM56k)
Aiman : Wow!!! Mantop!!!

Arif : Rumah tu nanti aku sewakan la. At least boleh la cover bayaran bulanan. Untung-untung boleh dapat lebihan 2 ke 3 ratus sebulan. Kalau pandai la kan. Hehehe…

LANGKAH 5

Arif : Ok sekarang ni kat tangan dah ada RM56k duit cash back + RM2.8k dalam ASB so total aku ada RM56.8k dalam tangan. Dari duit ni, aku asingkan RM13,200 untuk bayar ASBF aku untuk setahun. So balance ada RM43,600.
Aiman : Owh maknanya lepas ni ko dah tak payah bayar ASBF tu dah la ye ? Sebab ko dah bayar untuk setahun. Dah tu untuk tahun berikutnya macam mana lak ?Arif : Untuk tahun-tahun berikutnya, aku guna la duit dividen untuk bayar ASBF aku setahun. Ni la yang orang panggil teknik rolling dividen.
Aiman: …….(khusyuk mendengar)…….

Arif : Time ni la aku beli kereta baru. Aku takde la nak demand. Cukup la aku pakai Perodua Alza. Downpayment dalam RM6,600++ lepas tu bulanan pun takde la mahal sangat dalam RM700++ kalau aku hutang 9 tahun. Lagi pun aku dah kurangkan komitmen bulanan dari RM1100 jadi RM700++ je. Lebihan RM400 tiap-tiap bulan tu boleh la buat sara minyak dengan maintenance kereta aku nanti.
Aiman : Eh lamanya sampai 9 tahun. Orang cakap nak best beli kereta ni buat hutang 5 tahun je. 7 tahun tu kira maksimum la. Kalau tak memang rasa ralat la.

Arif : Haa Tu la ko tak tau. Ada teknik pendekkan loan kereta kot.
Aiman : Ada jugak ? Banyak betul teknik Fazlie Idris bagi kat ko ?

Arif : Tu la…dia memang tak lokek ilmu. Macam-macam dia ajar aku semalam.
Aiman : Eh lepas tu…Lepas tu ?

Arif : Lepas tu aku kahwin la. Hahahaha. Nak tunggu apa lagi. Duit pun dah ada RM36k++ dalam tangan. Cuma aku rasa aku takde la nak buat majlis grand. Maybe aku budget sekitar RM30k je kot untuk kahwin dengan honeymoon. RM10k hantaran, RM15k majlis, RM3k hadiah kawin sekali dengan cincin, balance RM2k aku buat pergi honeymoon. Selebihnya boleh la buat duit tabung nak mula hidup aku nanti bila lepas kawin.
Aiman : Terbaik la perancangan yang Fazlie Idris bagi kat ko. Tapi aku lagi minat nak tau pasal teknik kurangkan hutang kereta tu. Hahahaha…

Arif : Hmm…Macam mana nak mula ei. Ni kalau duduk lepak kat kedai makan sambil pekena tembikai laici pun syok kan ? Hahahaha…
Aiman : Jimbit gak perangai ko kan ?Arif : Hahaha Ye lah…Aku sambung la ni. Ni aku nak cerita siap dengan tips dana persaraan yang Fazlie Idris bagi sekali hari tu.
Aiman : Sempoi baq hang. Cer citer…Cer citer…(Sambil tangan melenggok macam usop wilcha)

LANGKAH 6

Arif : Ok ingat lagi kan yang aku ada hutang kereta RM700 sebulan. Lepastu ASBF pun dah buat 3 tahun dah. So tiap-tiap bulan aku layankan je bayar kereta RM700 tu macam biasa. Dividen ASB yang dapat tiap-tiap tahun tu pula aku buat teknik rolling.
Aiman : Ok…so nak layan berapa lama. Ko hutang kete tu dah la 9 tahun. Jangan cakap nak layan sampai 9 tahun lak ? Akau sekeh ko jap gi. Hahaha

Arif : Hahahaha. Takde la. Nama pun nak pendekkan loan kete. So kita layan bayar kereta sampai 5 tahun. Kalau kita buat kiraan guna finacial calculator, lepas tu tekan amortization, dia akan keluar table. So untuk 5 tahun kita tengok la untuk bulan ke 60. Ni kiraan anggaran balance hutang kereta yang tinggal. Time ni baki loan kete tu dah tinggal RM31.8k++.
Aiman : Ok faham…So lepas tu nak buat apa ?

LANGKAH 7

Arif : So bila dah layan 5 tahun bayar kete, untuk tahun yang sama lepas dapat dividen kita terminate la ASBF tu. Time ni usia ASBF tu dah 8 tahun dah.
Aiman : Eh jap. Macam mana boleh jadi macam tu ei ? Ko kan baru bayar kete 5 tahun. Macam mana ASBF ko jadi 8 tahun lak..?Arif : Ye la…kan mula-mula kita main ASBF 3 tahun first. Lepas tu beli rumah + kahwin + beli kete. Lepas tu kan kita buat rolling dividen lagi  5tahun. So total ASBF tu 8 tahun la.
Aiman : Owh ye la tu. Lupe lak. Dah tu lepas terminate tu dapat apa ?

Arif : Lepas terminate tu, kita dapat la Dividen + Baki Dividen + Surrender Value.
Aiman : Eh cop cop cop…Dividen tu aku faham la. Kalau ASBF RM200k, lepas tu katakanlah kadar dividen ASB 6.75%, so dapat la RM13,500. Yang Baki dividen tu datang mana pulak ?

Arif : Untuk rolling setahun kan kita nak guna RM13,200 je ? Tapi dividen keluar RM13,500. So ada la balance RM300 setahun. Since kita dah buat teknik rolling 5 tahun, so kali la dengan 4. Dapat la RM1200.
Aiman : Kenapa nak kali 4 ?

Arif : Sebab lebihan untuk 4 tahun. Tahun ke-5 tu kan kita dapat dividen terus terminate, so takde la lebihan dividen. Sebab ko dah sapu licin dividen tu.
Aiman : Owh Ok Ok…so yang surrender value tu menatang apa lak ?

Arif : Surrender Value ialah nilai prinsipal terkumpul. Cuba ko tengok ni. Tiap-tiap bulan ko bayar tu, dia akan pecah dua. Satu untuk interest bank. Satu lagi nilai pokok atau orang banjar panggil principles.
Aiman : owh So nak kena campur la sume principal ni..?

Arif : Tak payah la gagah sangat nak campur satu-satu. Hahahaha. Cara mudah nak kira prinsipal ni, jumlah pembiayaan asal yang dah buat tolak la dengan balance tu. So dalam kes aku ni, RM200k tolak la dengan RM172,506.21. So dapat la RM27,493.79
Aiman: Owh So lepas tu campur je la sume ei ?

Arif : Yezza…So campur la semua, Dividen + Baki Dividen + Surrender Value, RM13,500 + RM1,200 + RM27,493.79…so akan dapat la RM42,193.79. Balance untuk buat full settlement untuk kereta RM31,803.87.
Aiman : Haa aku tau dah part ni. Time ni ko pegi buat full settlement kereta tu la kan ?

Arif : Ha’ah. Macam tu la nampak gayanya. Tu pun siap berlebih RM10k++ cash kat tangan.
Aiman : Pergh power…power…padu habaq hang.

Arif : So tercapai la target aku untuk pendekkan loan kete dari 9 tahun ke 5 tahun. Ni la tips yang Fazlie Idris ajar aku hari tu.
Anas : Untung la gaji besar. Kene macam aku ni, mana mampu nak simpan RM1100 sebulan. Gaji bersih lepas tolak KWSP, Socso apa semua tinggal lebih kurang RM1500 je.

Arif : Aik ? Bila masa ko ada belakang kitorang ni ? Ala jangan la rasa down Anas. Fazlie Idris tu ada bagi aku tips persaraan cara santai. Untuk yang gaji macam ko ni, boleh apply tips ni tau. Sebab sesuai la dengan kadar kemampuan simpanan ko sebulan.
Aiman : Ada jugak tips cara santai ? Ko pegi jumpa Fazlie Idris tu, ko sogok dia apa ha ? Banyak betul dia bagi tips.. Hahaha. Cer citer…Cer citer…

LANGKAH 8

Anas : Eh, betul ke ada ni ? Boleh beli rumah tak ? Cam best je kan…

Arif : Ok ko dengar ni dulu. Hari tu aku ada tanya dia kalau nak create dana persaraan macam mana. Lepastu dia tanya aku nak cara extreme ke nak cara santai ?
Aiman : Dahtu ko pilih yang mana ?
Anas : Mesti ko pilih cara extreme kan ? Ye lah sebab kahwin pun ko buat cara force saving gaya extreme. Ye dak ?

Arif : Eh tak la. Aku pilih cara santai. Sebab ye la, kan dah kawin, nanti mesti ada anak, tinggi sikit la blanje aku nanti. So tak mampu la nak simpan sampai RM1100 sebulan dah. Even gaji dah naik nanti tiap-tiap tahun, tapi aku takut perbelanjaan bulanan aku tinggi. So aku pilih cara santai la. Cara ni sesuai untuk ko Anas. Sebab bulan-bulan kita cuma buat Force Saving RM275. Ko boleh tak simpan RM275 sebulan..?
Anas : Hmm…kalau kene cara memang boleh la. Macam mana tu ?

Arif : Ok macam ni, ko tengok Financial Calculator kat iphone aku ni. Kalau ko buat ASBF RM50k dengan interest 5.2%, lepas tu tempoh pembiayaan ko buat 30 tahun, ko just bayar RM275 sebulan. Kiranya Force Saving ko RM275 la sebulan.
Anas : Ok, faham. Lepas tu ?
Aiman : Lepastu ko blanja aku dengan Arif makan dulu baru dia cerita. Hahahaha. (Sambil buat tarian sotong ala raver)
Anas : Wei..Macam beruk mat yeh perangai korangkan. Cerita la bagi habis. Siot betul la…

LANGKAH 9

Arif : Hahahaha. Ok-ok…so sekarang ni ko bayar je la RM275 tu sebulan atau RM3,300 setahun. Cukup tahun ko akan dapat dividen sekitar RM3375 tu kalau dividen 6.75% la. Kalau dividen naik, ko dapat la lebih lagi.
Aiman : Lepas tu buat apa ? Biar compounding ke ?Arif : Eh tak la. Ko buat teknik rolling. So ko amik RM3,300 dari total dividen tu, buat bayar terus untuk setahun. Yang balance RM75 tu, ko biar je dalam ASB tu. Kalau ko rajin, yang bayaran bulanan tu ko keluarkan la sikit-sikit. Nanti hujung tahun ko tengok dividen dia pegi macam mana. Mesti ada naik sikit lagi.
Anas : Eh, macam mana tu ?

Arif : Yang tu nanti la aku ajar. Fokus yang ni dulu.
Aiman : Lepastu nak buat apa ?

Arif : Dalam masa yang sama, ko apply lagi satu ASBF RM50k. Kiranya ko buat sijil kedua la. Layan bayar RM275 tiap-tiap bulan lagi. Lepastu dapat dividen ko rolling. Ko ulang sampai ada 5 sijil. Yang ni Fazlie Idris panggil teknik duplicate. Sebab ko duplicate proses yang sama sampai ada 5sijil. Kiranya korang layan 5 tahun la.
Anas : Eh bukan ke satu buku limit RM200k je ? Kalau dah 5sijil dah jadi RM250k dah. Macam ne tu ?

Arif : Haah. Memang limit satu buku RM200k je. Untuk sijil ke-5 tu buka la buku ASB2 lak. Buku kaler purple.
Aiman : Owh macam tu. Ada gak buku ASB kaler purple ei. Aku ingat buku ASB kaler biru je. Rupenye ada ASB2 pulak.Buku kaler purple.
Anas : Ha tu la pasal. Aku pun baru tau. Tapi 5 tahun lama la. Takde masa cepat skit ke ?

Arif : Ala…ok la tu dari takde langsung. Lebih baik lambat dari takde langsung. Ye dak…Lagi pun dah ko mampu simpan sebulan RM275 je. Kalau ko mampu simpan lebih, kurang la lagi masa tu…
Anas : Hmm ok la…Lepastu dah ada 5sijil nak buat apa?

LANGKAH 10

Arif : Dah ada sampai 5 sijil, ko layan la dulu bayar bulan-bulan sijil ke-5 tu sampai keluar dividen. Lepas dividen keluar je, ko terminate la semua sijil tu. Nanti ko akan dapat Dividen untuk 5 sijil + Baki dividen untuk 4 sijil + Surrender Value untuk 5 sijil.
Aiman: So maknanya kita akan dapat (RM3,375 x 5) + (RM75 x 10) + (Surrender Value 5sijil ikut tahun) la ye ?

Arif : Haah…betul la tu. So total semua dapat la sekitar RM29k…
Anas : Ha yang ni aku tak berapa nak faham. Apa kata ko tolong explain jap yang Baki dividen dengan Surrender Value tu.

Arif : Macam ni.. Tiap-tiap tahun kan ada lebihan dividen. Lebihan tu RM75 setahun. So untuk sijil 1, ko ada lebihan untuk 4 tahun, untuk sijil 2 ada lebihan untuk 3 tahun, untuk sijil 3 ada lebihan untuk 2 tahun, sijil 4 lak ada lebihan untuk setahun and last skali sijil 5 takde lebihan. Sebab lepas dapat dividen kan ko terus terminate.
Aiman : Yang surrender value lak nak kira macam mana tu..?

Arif : Surrender Value tu ko kene buat satu-satu. Sijil 1 dah 5 tahun atau = 60 bulan, sijil 2 dah 4 tahun atau = 48 bulan dan seterusnya la. Lepastu ko campur la semua skali.
Anas : Owh.. So maknanya kiraan total dia jadi macam kat calculator tu la ei ?

Arif : Haah.. Macam tu la.
Aiman : Lepas tu apa buat ?

LANGKAH 11

 

Arif : Ha time ni la kita start main hartanah. Lebih kurang macam yang aku buat untuk nak dapatkan duit kahwin hari tu la.
Anas : Buat teknik markup loan ke..?

Arif : Haah.. Cuma bila dah 5tahun ko layan ASBF ni, secara lazimnya gaji ko pun dah up la.. So jangkaan aku, gaji bersih ko time ni dah lebih kurang RM2k la kan Anas..? Tu belum masuk OT lagi tu..
Anas : Lebih kurang la.. Sebab dah 5 tahun kan.. Tiap-tiap tahun memang ada naik gaji.. So macam mana nak main..?

Arif : Macam yang aku buat untuk kahwin tu gak. Buat teknik markup loan. Disebabkan ni rumah pertama ko nanti, so bank akan boleh bagi sampai 100% pembiayaan. Ko beli rumah bawah harga pasaran. Contoh macam ni, rumah tu market value dia RM200k, tapi ko beli RM160k je. Nak dapat rumah macam ni, kalau nak senang kene cari REN atau REA la.
Anas : REN tu ape..? REA tu mende..?

Arif : REN tu Real Estates Negotiator, REA tu Real Estates Agent.
Aiman : Lepastu kene letak deposit la ye..?

Arif : Eh mestila kene letak. Deposit rumah sekitar RM16k sebab 10% dari harga belian rumah. Lepastu lain-lain kos maca lawyer, valuer, stem duti apa sume ada la tambah lagi sekitar RM10k so total modal permulaan RM26k. Guna duit hasil main ASBF tu tadi.. So masih ada balance sekitar RM3k. Park dulu dalam ASB kasi dia beranak sikit.
Anas : Lepastu..?

Arif : Lepastu bila bank dah disbursed pembiaayan kita tu, kita cuma perlu bayar lagi RM144k je.. Sebab kan kita dah letak deposit rumah RM16k.. So RM200k – (RM160 – RM16k) = RM56k. Haaa.. Yang RM56k ni la cash back namanya. Kalau campur dengan RM3k dalam ASB tu, so dah ada total RM59k dah dalam tangan. Rumah tu nanti jangan lupa sewakan dan buat tenancy agreement. Lepastu pegi matikan stem kat LHDN.
Anas : Time ni ke nak kahwin..? Kalau ko time ni la ko buat kahwin kan..?

Arif : Kalau aku memang la time ni aku buat kahwin, tapi ko dah kahwin dah. So ko buat untuk dana persaraan pulak.
Aiman : Aik macam mana tu..? Buat pasif income dari sewa ke..?

Arif : Haa.. Macam ni..

LANGKAH 12

 

Arif : Sekarang ni kat tangan dah ada RM59k kan..? Lepastu rumah pun dah bagi sewa dan ada tenancy agreement. Si time ni beli la satu lagi rumah. Beli rumah dengan konsep yang sama. Market Value sekitar RM200k, tapi beli below market value iaitu sekitar RM160k.
Anas : Bank bagi pembiayaan 100% gak ke kali ni..?Arif : Uish.. Tak dapat dah.. Untuk rumah kedua bank boleh bagi sampai 90% je. So kalu ko buat markup loan dari amount RM200k, bank bagi takat RM180k je. So bayaran deposit macam biasa, 10% @ RM16k lepastu lain-lain kos lebih kurang RM10k. So balance rumah nak kene bayar nanti RM144k. Disebabkan bank bagi takat RM180k je, so total cash back yang kita boleb dapat ialah RM36k.
Aiman : Still banyak gak dapat.. Ok la tu. Mantap wei.. Lepastu rumah tu pun buat sewa gak ke..?

Arif : Haah.. Jangan lupa tenancy agreement. So tadi ko dah beli rumah guna duit RM59k tu kan.. Ko guna RM26k so tinggal RM33k. Lepastu ko dapat cashback pulak RM36k, so total kat tangan ko sekarang ni ada RM69k.
Anas : Mantap wei.. Rumah tambah.. Duit pun tambah.. Alhamdulillah nampak dah jalan macam mana nak buat.

Arif : Nanti dulu tak habis lagi.. Kan nak plan utk bersara.
Anas : EH ada lagi ke..? Bapak panjang dah posting ko kali ni.. Nak sambung sampai habis ke..?

LANGKAH 13

Arif : Hahahahaa.. Ok la macam ni.. Memnadangkan posting ni pun dah bapak panjang berjela-jela, So kalau ko nak tau cerita ni sampai habis, ko kene tolong aku..
Aiman : Ala nak suruh orang yang baca posting ni Like, Share dengan Tag kawan diorang la tu.. Tau sangat dah.Arif : Yang tu pun nak gak. Tapi aku nak suruh joint group telegram ni gak. Sebab link utk episod akhir aku akan bagi dalam group telegram tu.
Anas : Aik..? Ko tak post kat fb ko ke nanti episod akhir tu..?
Aiman : Bikin suspen la lu ni mat..

Arif : Hahahaha.. Episod last aku akan posting ikut fb orang lain. So untuk yang betul2 nak tau n nak blajar plan persaraan je yang akan follow. Link ke posting tu nanti aku akan up kat dalam telegram group tu.
Aiman: Bak mai link group telegram tu.

Arif : https://t.me/joinchat/AAAAAEE1FpUkzDyuQsUUvQ
Anas: Jimbit la perangai ko ni. Cerita lain kali bagi habis boleh tak..? Ok la.. Aku joint la group telegram tu.

Arif : Ala untung kot joint group tu.. Macam-macam boleh tanya dalam group tu. Lepastu boleh tau tips2 kewangan dari semasa ke semasa. Boleh dapat consultation free. Banyak lagi la..
Aiman: Aku pun nak joint gak. Korang tak nak joint ke..? Jom la.. Jangan lupa Tag, Share dengan like posting ni ei.. Hehehe.. Tq..

Kredit : 
– Fazlie Idris


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment