“Tak berkat sebar berita palsu kematian saya untuk lariskan niaga” – Aiman Tino

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Penyanyi remaja Aiman Tino mengecam individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu kononnya beliau maut dalam kemalangan jalan raya. Penyanyi Ku Rela Dibenci itu berkata semakannya mendapati pautan berita yang tersebar di media sosial sebenarnya bertujuan untuk mempromosikan perniagaan.

“Kalau niat dia (penyebar) hendak promosikan perniagaannya, saya anggap ia tidak berkat kerana menggunakan cara mengaibkan orang lain, apatah lagi pada hari Jumaat ini (semalam),” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Aiman, 19, bagaimanapun menafikan dakwaan cerita itu sengaja diwujudkan sebagai promosi lagunya yang tercalon ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) pada 22 Januari ini.

Menganggap fitnah itu sebagai lumrah anak seni, Aiman enggan mengambil tindakan terhadap dalang yang menyebarkan cerita sedemikian.

“Saya tidak rasa perkara ini sengaja dicipta untuk mempromosikan lagu saya kerana saya tidak mengenali siapakah penyebar berita itu.

“Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap penyebar berita itu kerana saya perlu fokus dengan persiapan AJL31 nanti,” katanya.

Penyanyi meningkat naik itu bakal berentap dengan 11 finalis lain di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) termasuk Dayang Nurfaizah, Mawi, Faizal Tahir, dan Hafiz Suip.

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=zqByJjSJkso[/embedyt]

 

Sumber :
– themalaymailonline


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment