“Tak nak bayar ? Awak boleh keluar, awak miskin” – Doktor

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Seorang wanita telah berkongsi ketidakpuashatiannya terhadap seorang doktor di klinik selepas mengatakan dia berkemungkinan terkena penyakit denggi. Lim Pik Wah menjelaskan, doktor ini seperti telah menipu dirinya hidup-hidup malah mendakwa terpaksa membayar untuk vaksin. Ikuti perkongsiannya yang kami telah terjemahkan untuk bacaan anda:

Nak dijadikan cerita. Pengalaman saya hari ini.

Saya telah jatuh selesema dan sakit tekak untuk 2 minggu yang lalu dan sakit badan. Saya pergi ke klinik berhampiran rumah ibu saya – Klinik Mediviron, Bandar Punjak Jalil & Dr bertugas adalah Dr. Dato Alengdran.

Jururawat memanggil nama saya dan saya masuk, menjelaskan keadaan saya dari kepala ke kaki.

Dr : Saya mengesyaki anda terkena denggi. Saya perlu ambil sampel darah.

Saya: Boleh doktor

*Cuba memasukkan jarum ke saluran darah saya dan tidak berjaya selepas 3 percubaan (ya, injap darah saya adalah sangat sukar untuk dicari)*

Dr: Sangat sukar untuk mencari saluran darah anda la.. ermm, saya tak fikir anda terkena denggi. (Hanya kerana sukar mencari saraf saya kemudian membuat kesimpulan saya tidak terkena denggi) Tak mengapa, saya boleh berikan anda suntikan selesema.

Saya: Sebagaimana yang dinasihatkan doktor.

Dr: Ok

Apabila semua selesai, nama saya dipanggil untuk mendapatkan ubat-ubatan dan sejak syarikat saya menganggung bil perubatan, biasanya saya tidak perlu membuat apa-apa bayaran. Kakitangan di kaunter tiba-tiba meminta bayaran sebanyak RM150 yang menimbulkan tanda tanya pada saya. Sejak kakitangan bertugas tidak pasti, mereka menuntut saya untuk bertanya doktor secara terus.

Dr: Jadi anda tidak mahu bayar?

Saya: Saya fikir anda perlu memaklumkan kepada saya jika terdapat apa-apa bayaran yang saya perlu bayar.

Dr: Semua orang tahu vaksin/vitamin, tidak ditanggung oleh insurans

Saya: Ya saya tahu jelas tetapi mengapa saya diberi vaksin secara tiba-tiba? Dan seperti yang anda nyatakan sebelum ini, adalah suntikan selesema.. bagaimana saya akan tahu ia adalah vaksin?

Dr: Okay… Saya tahu anda tak mampu bayar. Anda miskin. Saya tahu. Tak mengapa, anda boleh berjalan keluar tanpa membayar. Saya akan mengadu kepada syarikat anda.

Me: Okay, saya akan bayar doktor (Tiada gunanya berdebat mengenai kewangan siapa lebih kukuh dan tidak tidak, sebab kita memerlukan rawatan)

Akhirnya, saya membuat bayaran RM150 bukan kerana saya takut tetapi saya mahu mendapatkan setiap bukti dari kesilapan mereka. Tetapi bagaimana jika orang lain? Orang lain yang berjuang untuk hidup mereka diancam oleh doktor seperti ini? Di manakah etika pekerjaan seorang doktor? Sila kongsikan kisah ini. Mungkin saya mangsa pertama atau mungkin beberapa orang lain, tetapi boleh menjadikannya yang terakhir.

 

Kredit :
– thecoverage.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment