Syed Saddiq terkejut digelar “suami rakyat”

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

MUAR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman terkejut apabila menerima gelaran sebagai “suami rakyat” dan menjadi idola gadis pelbagai kaum di Malaysia.

Syed Saddiq berkata, beliau menyedari bahawa dirinya menjadi “pujaan” gadis selepas memenangi kerusi Parlimen Muar dalam pilihan raya.

Syed Saddiq bagaimanapun berharap, selain menumpu kepada “imejnya”, orang ramai turut memberi perhatian kepada kerja-kerja yang bakal dilakukan sebagai wakil rakyat.

Beliau menegaskan bahawa dirinya akan menjadi sangat sibuk selepas ini kerana perlu membawa pembaruan kepada negara supaya rakyat dapat hidup dengan lebih baik.

Pemimpin muda itu berkata demikian kepada Sinchew Daily sebagai mengulas fenomena yang dicetuskannya dalam kalangan gadis Cina.

Baru-baru ini telah tersebar satu poster di alam maya bertajuk ” 10 perkara yang ingin anda ketahui tentang suami rakyat Syed Saddiq”.

Menurut poster itu, Syed Saddiq belum berpunya dan bersedia berkawan dengan gadis Cina kerana semua orang ialah rakyat Malaysia. Pemenang kerusi Parlimen Muar itu juga dikatakan mahir memasak, gemar dengan permainan Dota, dan menyukai watak Superman.

Poster itu, menurut Sinchew Daily, telah menjana ulasan dan pesanan gadis-gadis Cina yang mencuit hati, malahan ada yang menyatakan sanggup memeluk Islam demi bersama dengan Syed Saddiq.

“Saya akan berkunjung ke rumahmu pada hari raya nanti, supaya dapat diumumkan pertunangan kami,” kata seorang peminat kepada Syed Saddiq melalui pesanan.

Sinchew Daily berpendapat, Syed Saddiq bukan sahaja menjadi ahli politik tahap artis, malahan merupakan penawan hati makcik-makcik dan juga gadis-gadis.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment