“Suara dari kubur mungkin gangguan iblis” – Mufti Kelantan

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KOTA BHARU — Suara aneh seakan “lelaki bertempik” dari tanah perkuburan di Tumpat, mungkin gangguan iblis dan syaitan yang mahu menakutkan manusia, kata mufti Kelantan. Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata makhluk itu wujud dan mereka boleh meniru suara atau menyerupai sesiapa hidup atau telah meninggal dunia, lapor Sinar Harian.

“Begitu pun keadaannya, manusia tidak seharusnya takut, sebaliknya hantu yang perlu takut pada manusia kerana iblis adalah kuli manusia.

“Jika kita takut, macam kita pula kuli mereka,” katanya, memetik surah Al-Baqarah ayat 30 berkaitan peranan manusia sebagai khalifah (pemimpin) di bumi.

Tokoh agama itu mengulas dakwaan staf Majlis Daerah Tumpat Mahadi Mat Salleh yang beberapa kali mendengar suara lelaki dan perempuan bertempik dari tanah perkuburan di Kampung Cherang Melintang.

Mohamad Shukri menasihatkan agar tidak mengaitkan suara misteri itu dengan sesiapa yang meninggal dunia untuk mengelakkan perbalahan, sebaliknya berdoa yang baik-baik.

Katanya, jika orang ramai mahu mengaitkan suara itu dengan seksa kubur maka ia memang wujud tetapi hanya nabi sahaja yang boleh mendengarnya.

“Dan setara mana sekalipun kekuatan orang biasa, tidak akan boleh hingga dapat mendengar jeritan seksaan kubur,” katanya.

 

Sumber :
– www.suara.tv


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment