Suami kepada Salima Habibi nafi mempunyai madu ketiga. Ini kisah sebenarnya…

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR: Spekulasi berhubung pernikahan ketiga suami bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Salima Habibi terjawab apabila Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre sendiri mengesahkan ia tidak benar.

“Tidak benar. Saya tidak mahu ulas. Lagi pun pihak lain (Salima), sudah pun menjelaskan perkara itu,” katanya ringkas ketika dihubungi BH Online.

Kisah perkahwinan ketiga Abdul Kadir yang juga penceramah selebriti itu menjadi bualan apabila isteri pertamanya, Wafa menerusi Instagram @wafa_alhadad mengucapkan tahniah kepada suami serta isteri baharu di atas perkahwinan mereka.

Dalam status sama, beliau mendoakan jodoh mereka berpanjangan hingga ke syurga selain dikurniakan cahaya mata yang comel.

Ibu kepada dua anak itu dilihat seakan-akan turut memberi isyarat kepada wanita di luar sana mengenai satu lagi kuota kekosongan untuk menjadi isteri keempat suaminya.

Katanya lagi, pihak yang berminat diminta menghubungi Salima merangkap madunya untuk maklumat lanjut. Begitupun, status berkenaan sudah dipadamkan selepas ia viral di media sosial.

Menerusi ruangan komen Wafa, Salima menegaskan Wafa sekadar bergurau apabila menaikkan status terbabit di laman Instagram peribadinya, tanpa menyangka ia dijadikan isu.

“Gambar dan kenyataan ini adalah palsu. Saya sebagai isteri kedua Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre mengesahkan berita ini (tidak benar) mewakili suami dan juga isteri pertama.

“Gambar ini dimuat naik atas dasar gurauan, tanpa pihak isteri pertama menyangka ia akan menjadi viral,” ujarnya.

Pada masa sama, Salima yang kini bertugas sebagai penyampai radio Ikim.FM dan penceramah bebas, ketika dihubungi BH Online, menganggap kes itu sudah pun ditutup.

Sumber :
– www.bharian.com.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment