Saya warganegara yang menetap di Kelantan ingin bertanya kepada pihak tuan puan berkenaan status permohonan kewarganegaraan anak saya.

Saya telah berkahwin dengan warga Sri Lanka pada tahun 2006 di wilayah persekutuan kuala lumpur.Anak saya lahir di UK pada tahun 2008. Saya pergi ke kedutaan Malaysia untuk mendaftarkan anak saya sebagai warga Malaysia.

Oleh kerana saya bukan atas visa pelajar atau permit kerja saya tidak layak mendapat borang W24 untuk anak saya,menurut pegawai di sana.

Tahun 2009 saya telah kembali ke Malaysia dengan menggunakan Sri Lanka passport untuk anak saya. Saya telah memohon dan dipanggil temuduga dan permohonan tidak berjaya atas sebab yang tidak dapat diberitahu.
Saya digalakkan membuat permohonan baru, kali kedua juga ditolak tanpa temuduga.

Saya telah membuat permohonan kali ketiga pada tahun 2014. Keputusan masih belum diketahui sehingga hari ini.Masih dalam pemerhatian.

Anak saya berumur 9 tahun dan bersekolah di sekolah rendah kebangsaan di Kota Bharu,Kelantan.

Saya buntu memikirkan masalah anak saya kerana semua permohonan saya disertakan dokumen yang lengkap. Saya amat berharap masalah permohonan kewarganegaraan anak saya mendapat perhatian dari pihak terbabit.

Sekian terima kasih.

– Sakura Rara