Sharnaaz nak tubuh pasukan anti keganasan kanak-kanak

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SEJAK kes penderaan kanak-kanak berleluasa kebelakangan ini, pelakon Sharnaaz Ahmad nampaknya terpanggil untuk menubuhkan satu pasukan atau organisasi anti keganasan kanak-kanak.

Selain berganding bahu dengan pihak berkuasa, pasukan itu kata Sharnaaz akan mengenakan hukuman cara halus.

“Sesiapa boleh sertakan bukti, geng-geng aku ni akan join venture (JV) dengan polis, tangkap dan kita akan dera depa balik dengan cara lebih bijak dan halus.

“Contoh berjemur tengah panas jeee dalam 1 minggu,” tulis Sharnaaz di akaun Twitternya pagi tadi.

Sharnaaz menunjukkan solidariti terhadap isu penderaan terhadap kanak-kanak yang semakin membimbangkan saban hari.

Baru-baru ini juga tular kes seorang guru tadika memukul dan mendera kanak-kanak hingga mencetuskan amarah dalam kalangan orang awam.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment