Shafie Apdal angkat sumpah Ketua Menteri Sabah

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15 malam ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada pukul 9.15 malam.

Turut kelihatan mengiringi Mohd. Shafie ialah isteri beliau, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Mohd Shafie yang sebelum ini Naib Presiden UMNO bertindak keluar parti itu dan menubuhkan Parti Warisan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang serta Ahli Parlimen Semporna.

Sementara itu, para penyokong berkumpul di Padang Merdeka seawal pukul 5 petang untuk menanti perkhabaran sama ada Mohd Shafie dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah atau tidak.

 

Sumber :


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment