Seorang pakcik meninggal dunia selepas beberapa bulan mengambil spray Gozout ?

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PEMBONGKARAN PRODUK GOZOUT

Ada lagi satu produk yang sudah berlegar lama di alam maya. Katanya produk tersebut boleh mengubati kencing manis dengan hanya menyembur pada bawah lidah. Kami just nak cakap beberapa perkara :

1. Tiada lagi ubat yang dapat menyembuhkan kencing manis 100%. Kencing manis itu sendiri adalah penyakit yang chronic disebabkan insulin resistance dan kurangnya penghasilan insulin.

***Fungsi insulin adalah untuk memasukkan gula ke dalam sel. Insulin resistance pulak keadaan dimana insulin tidak dapat menjalankan fungsinya secara normal untuk memasukkan gula ke dalam sel.

***Kurang penghasilan insulin pulak disebabkan matinya sel-sel di pancreas yang menghasilkan insulin yang dipanggil sebagai beta cells daripada islet of langerhans. Salah satu penyebab matinya sel ini adalah disebabkan gula tinggi dalam darah.

2. Penggunaan Gozout adalah dengan menyembur produk tersebut dibawah lidah seolah-olah menyamai ubat untuk serangan sakit jantung iaitu glyceryl trinitrate (GTN). Perlu diketahui ubat bawah yg diberi bawah lidah tu sebab nak elakkan serapan daripada usus yang akan terus ke hati. Kerana hati akan menguraikan GTN dengan sangat cepat. Sebab tu kita bagi bawah lidah kerana bawah lidah mempunyai saluran darah yang banyak.

Glyceryl Trinitrate

Yang Gozout ni spray bawah lidah tujuannya untuk apa. Sekadar utk hipster nak tiru mcm bagi ubat sakit jantung je. Baik tak payah membongak lah

3. Pastu claim bebas bahan kimia. Sedangkan produk itu pun diletakkan dalam botol plastik hasil tindak balas kimia untuk menghasilkan bahan kimia synthetik. Kenapa kau tak guna kayu je untuk hasilkan bekas tu ? Ada-ada je modal nak menipu

4. Pastu cakap Ekstrak belalai gajah boleh buang gula melalui air kencing dan peluh. Untuk pengetahuan anda, salah satu fungsi buah pinggang adalah nak elakkan gula daripada masuk ke dalam air kencing. Kalau keluar daripada air kencing tu maksudnya buah pinggang kau dah tak mampu nak serap balik gula yang berlebihan itu dan lama kelamaan buah pinggang kau akan rosak.

Pastu kalau ambik produk Gozout ini lagi banyak gula keluar daripada air kencing. For sure rosaklah buah pinggang anda tu. BTW, mana korang belajar gula boleh dikeluarkan daripada peluh ? Cuba kalau nak cakap tu jangan ikut sedap kepala sendiri.

5. Dikatakan pembuatan gozout dipantau oleh pihak berwajib. Sedangkan ia tidak berdaftar dengan KKM dan telah melanggar akta makanan dan juga akta ubat dalam cara pengiklanan kerana menyatakan boleh mengubati kencing manis.

Berhentilah menipu wahai peniaga. Jangan menangis kalau kami tuang pasir dalam periuk nasi penipu anda tu ye !

KENAPA KAMI MENENTANG SYARIKAT INI ?

Ramai penjual gozout diluar sana yang cuba mengiklankan gozout dengan menggunakan testimoni-testimoni yang telah diubahsuai. Perbuatan keji seperti ini adalah untuk menarik perhatian orang yang mempunyai kencing manis. Di sini kami ingin menerangkan berkenaan Gozout. Gozout merupakan satu produk yang mengandungi 3 herba yang dicanang kehebatannya iaitu :

  • Daun Belalai Gajah (Clinachantus Nutans)
  • Daun Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus)
  • Peperomia Pellucida (Daun Sireh Cina)

Ketiga-tiga kandungan ini dikatakan mampu menyembuhkan kencing manis dengan hanya spray di dalam mulut sahaja.

Gozout diasaskan oleh syarikat Richman Vision Sdn Bhd. Sebelum ini, syarikat tersebut dikenali sebagai Amrul Bulan Enterprise. Mungkin dia tukar kepada Sendirian Berhad supaya perniagaan boleh dijalankan dengan lebih besar dan liabiliti hanya jatuh pada barang kepunyaan syarikat sahaja.

Syarikat ini dipunyai oleh adik beradik Ammar Mat Rawi iaitu Amiru Mat Rawi yang juga merupakan pengasas produk cypreme yang menggunakan air zamzam, garam bukit dan amber cypress. Siapa pula Ammar Mat Rawi ini ? Dia adalah salah satu wakalah kepada satu syarikat scam emas Tok Belagak.

 

Sumber Gambar : Sifufbads

 

SSM Richman Vision

 

Kenapa kami menentang syarikat Richman Vision Sdn Bhd ?

  1. Menggunakan testimoni untuk menunjukkan keberkesanan produk
  2. Testimoni yang digunakan adalah mereka yang mempunyai sakit kritikal. Pernah dimasukkan ke dalam ICU. Ini boleh mendatangkan prasangka kepada orang yang mempunyai kencing manis yang teruk. Keadaan ini boleh mendatangkan komplikasi yang teruk kepada pesakit
  3. Tiada kajian klinikal yang berterusan menggunakan prosedur yang betul menunjukkan bahan-bahan di dalam spray tersebut berkesan.

Selepas ini kami akan menerangkan kandungan di dalam Gozout berserta kajian terhadap herba tersebut. Sebelum kami dituduh memfitnah orang, anda boleh jadikan link dibawah sebagai rujukan

Rujukan :
1) http://www.jobstreet.com.my/en/companies/862643-richman-vision
2) http://gozout.com/
3) http://gozoutmalaysia.com/faqs-gozout/

 

PRODUK TIDAK BERDAFTAR DENGAN KKM

Perkara yang dicanangkan oleh pengasas gozout iaitu adik beradik kepada Ammar Mat Rawi adalah ia berdaftar dengan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Kami sudah periksa di laman web BPFK malaysia di sini :

http://npra.moh.gov.my/index.php/2016-08-02-06-37-27/notification-search

Menunjukkan bahawa produk gozout tidak berdaftar ataupun mempunyai apa-apa notifikasi daripada pihak KKM.

Ini penunjukkan pihak syarikat Gozout menipu. Mereka juga mengatakan bahawa produk ini dihasilkan daripada kilang yang mempunyai sijil Good Manufacturing Practice(GMP). Kalau betullah ada GMP, sila sertakan dokumen. Sebab anda sudah banyak menipu pelanggan anda dengan produk anda yang terlampaulah mahal ini.

SEORANG PAKCIK MENINGGAL DUNIA SELEPAS BEBERAPA BULAN MENGAMBIL SPRAY GOZOUT

Benda ni jadi waktu Jan 2017. Pada ketika itu, aku tengah ikut round dengan specialist macam hari-hari biasa aku buat. Dekat dalam Acute Cubicle (Bilik yang merawat pesakit yang akut) ada seorang patient bersama-sama dengan mesin automatic yang menolak picagari mengandungi insulin. Senang cerita insulin tersebut masuk ke dalam tubuh badan pakcik itu secara berterusan.

Dalam benak aku mesti sama ada dia mengalami Diabetic Ketoacidosis ataupun Hyperglycemic Hyperosmolar syndrome(HHS). Aku farmasi takdelah tahu secara mendalam. Tapi setiap hari tengok menda nih memang dah tersemat dalam ingatan aku. Yang aku terer lebih daripada doktor adalah check pesakit punya ubat.


So, aritu aku sempat curi masa tengok sket nota pesakit tersebut sementara specialist sedang berbincang dengan doktor-doktor yang lain.

Perasan Sejarah yang diambil daripada doktor di Jabatan Kecemasan. Bacaan glucometer untuk check gula dalam darah waktu adalah ‘HI’. HI Bermaksud ‘high’ iaitu tinggi sangat sampai mesin tu tak boleh nak baca. Bacaan ketone pula adalah 2. Ni kiranya pesakit ini mempunyai Diabetic Ketoacidosis. Sebab gula tinggi, Ketone pun tinggi. pH darah je aku tak tengok berapa.

So, memang kerja aku, dapatkan medication history, assess compliance, tengok stock medication dia dan tanya ada apa-apa suplement dia amek tak

Adoi…stock ubat berlambak nak mampus. Penuh satu beg plastic jakel yang warna oren tu. Dalam tu ada kotak-kotak insulin tak pakai lagi. Kotak ubat kolesterol adalah dalam 7 kotak tak bukak lagi.

Dan jeng jeng jeng. Aku jumpa 2 benda…

  • 1 botol gozout, separuh penuh botol tu
  • 3 hingga 4 paket cellmaxx

Aku check stock-stock ubat dia, kira semua sekali ada la dalam 4 bulan lebih punya stock. Tak makan langsung. Membazir amalan syaitan. Lebih baik bagi dekat orang lain. Malas nak sebut harga ubat yang sudah terbazir. Kang ada yang dapat teguran dalaman daripada boss. Ewah.

Next step adalah aku assess compliance dia tehadap ubatan dia. Maksudnya dia makan tak ubat-ubat tu, termasuk supplement dia.

Ubat-ubat klinik kerajaan tu memang aku tau tak makan la kan sebab stock dah berlambak macam tu. Tak payah tanya pun dah tahu. Insulin dia cucuk bila terasa nak cucuk saja. Katanya takut buah pinggang rosak (Rasa nak tampar patient tu).

Yang aku kagumnya dia sangat compliant dengan ‘supplement’ yang dia beli tu. Iaitu Gozout dengan Cellmaxx tu. Makan ikut waktu sama seperti yang penjual produk tersebut cakap.

Aku tanya balik, supplement dia ada lagi tak yang tertinggal di rumah. Dia kata tak. Nampak sangat dia makan supplement 2 tersebut tapi tak makan ubat. Ada la aku nasihat sket pakcik tu berkenaan supplement yang menipu tu. Tapi pakcik tu macam sesak nafas sket. So, aku takdelah nak cakap panjang lebar.

Gambar sekadar hiasan

KESIHATAN PAKCIK SEMAKIN TERUK

Next day, rutin biasa, aku kena tengok patient baru dan update patient lama. Sampai kat patient yang semalam tu, pakcik tu baru je dimasukkan tiub ke dalam saluran pernafasan. Prosedur tu namanya intubation. Selalunya pesakit yang dah teruk je baru kita intubate ni

Doktor yang bertugas cakap dengan aku yang patient tiba-tiba sesak nafas dan meracau. Sebab tu diorang proceed dengan intubation. Masuk je High dependency Unit (HDU) ward, degupan jantung terus berhenti dan pesakit memang tidak dapat diselamatkan. Inilah akibat percaya kepada penjual produk kesihatan yang majoritinya jahat-jahat belaka.

Teringin aku tengok kawalan gula pakcik tu. Selalunya kita guna bacaan HbA1c. Bacaan HbA1c menggambarkan kawalan gula dalam waktu 3 bulan.

Bacaan HbA1c pada July 2016 adalah 10%.

Pada Jan 2017, Bacaan HbA1cnya adalah 15%. Naik 5%. Bapak tinggi gila

Bacaan normal adalah kurang daripada 6.5%.

Nampak sangat dia tak makan ubat. Dan supplement yang dia ambil tu langsung tak membantu langsung. Tak guna punya penjual Gozout dan Cellmaxx. Menipu orang tua sampai mati diorang kerjakan.

Kalau tengok timeline dia, agak menarik. Sebab supplement tu pun dia start amek area July, August cenggitu. Tak tahulah apa penjual tu katakan kepada pakcik tu sehingga dia langsung tak makan ubat tu.

Inilah akibat percaya dan termakan kata-kata penjual produk kesihatan yang jahil tentang ilmu perubatan. Sampai nyawa manusia mereka ragut disebabkan ketamakan mereka dalam mengambil keuntungan dunia yang sedikit.

Admin nak bagitahu dua supplement tersebut adalah Gozout dan Cellmax ye. Mohon kembali kerahmatullah wahai Penjual Gozout dan Cellmaxx. Sesungguhnya anda adalah seorang pembunuh

 

Sumber :
– Pseudoscience Watch

 

PENAFIAN : Artikel dan pendedahan ini diambil daripada pihak Pseudoscience Watch yang telah pun viral beberapa hari sebelum ini. Pihak kami tidak menambah apa-apa fakta di dalam artikel ini untuk menyokong fakta yang telah tersedia ada. Terpulang kepada anda sama ada bersetuju atau tidak dengan pembongkaran yang dibuat oleh mereka. Kami jua tidak bertanggungjawab sebarang komen yang diajukan di dalam website ini. Sebarang komen adalah tanggungjawab sendiri. Harap maklum.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

2 Comments

Add Comment