Seni Politik Tuan Guru Haji Hadi, RUU355 kaitannya Yang DiPertuan Agong yang baru

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KEHANGATAN BERSIH 5 TERPADAM DENGAN PENANGGUHAN RUU355

Dunia politik Malaysia sekali lagi membeliakkan mata terhadap isu RUU 355 yang yang sepatutnya dibahaskan pada 24 november lalu telah dibuat pindaan dengan menetapkan hukuman maksimum 30 tahun penjara, 100 sebatan dan denda 100 ribu, menjadikan perbahasan tersebut ditangguhkan persidangan akan datang.

TGHH telah berjaya untuk melebarkan ruang dakwah kepada masyarakat Malaysia terhadap undang-undang Syariah dan sekaligus PAS akan menjuarai medan perbincangan politik untuk semua mata telinga rakyat Malaysia tertumpu kepada PAS.

PAS amat tegas didalam mempertahankan prinsip Islamnya, sekian lama bertembung dengan musuh politik tradisionalnya UMNO telah berjaya menjinakkan hati UMNO untuk sekurang-kurangnya tidak lagi memperkatakan politik suku agama suku sehingga kini dilihat cenderung untuk memberikan sokongan kepada perlaksanaan undang2 syariah tersebut.

Sekian lama UMNO terpaksa menelan panadol dengan sikap tegas PAS dalam pertahankan prinsipnya, sehingga pembunuhan di Memali, operasi lalang dan berbagai sikap birokrasi, double standard tidak sedikitkan mengubah PAS untuk terus perjuangkan prinsipnya. PAS tegar menanggung derita asalkan dapat terus menggenggam prinsipnya yang kadangkala membara kepanasan.

ruu-355-mca-tetap-bantah-kecuali-kerajaan-ambil-alih

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BACA BERITA INI SELANJUTNYA

UMNO DAN MCA SEMAKIN PENING

Tiada siapa yang tenang apabila memilih untuk bertembung dengan Syariah Allah. Panadol demi demi panadol terpaksa ditelan oleh golongan yang melawan arusnya. Tapi PAS kelihatan terus tenang dalam mengharungi arus dan gelombang politik yang mencabar bersama bahtera prinsip perjuangannya.

PAS sekali lagi berjaya memeningkan parti politik yang berseteru dengannya. UMNO seperti orang berbisul yang tak mampu duduk diam, menyokong atau tidak akan mempengaruhi undinya. Dikala masyarakat Melayu melihat RUU 355 ini wajib disokong, apakah UMNO sanggup mencangahinya sebagaimana dulu? Apakah UMNO sanggup lagi dilabel sebagai ‘parti tolak islam’ ?.

Menerimanya akan menyebabkan UMNO terpaksa bertembung dengan MCA, parti kompenennya di dalam BN yang jelas menentangnya, “ditelan mabuk, diluah kelaparan’. Memaksa UMNO hanya menjadi pemain yang menunggu tepi gol untuk ‘mencuri ayam’.

KERISAUAN PKR TERHADAP RUU355 IBARAT HANTU

PKR pula bukan sahaja menelan panadol berpapan-papan, hingga turut serta campur tangan dalam perbahasan meminta supaya RUU dibahaskan segera, mereka tahu PAS tidak akan mendapat sokongan jika dibahaskan pada 24 november baru ini, bagi mereka mudah, private bil ini tidak dapat majoriti, maka isu menerima atau menolak RUU Syariah ini akan berkubur, tiada lagi sesuatu yang dianggap hantu menganggu PKR.

Kepala PKR berdenyut kencang, menolak atau menyokong akan ada impak politiknya, jika PKR menyokong, mereka takut kehilangan pengundi cina, tidak menyokongnya akan menyebabkan ia kehilangan pengundi Melayu Islam, apatah lagi PKR lebih berharap kepada pengundi Melayu Islam PAS. Apabila RUU 355 dipinda sehingga persidangan akan datang maka pening PKR kini menjadi demam.

perwakilan-dap-bantah-kerjasama-dengan-ppbm

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BACA BERITA INI SELANJUTNYA

KECELARUAN DAP BERSAMA PPBM & DUA PARTI SUSUAN IAITU PKR DAN PAN

DAP yang mengambil sikap mencampuri urusan agama Islam dengan menghalang dan mempertikaikan hasrat PAS untuk membawa usul RUU 355 terus tertekan, DAP sedar bahawa talian hayatnya hanya pada pengundi cina, DAP mesti dapat pengundi melayu untuk terus berkenduri menang besar bagi memerintah Malaysia. Hingga kini DAP seperti putus harapan untuk mengharap dua parti susuannya PKR dan PAN boleh menarik pengundi Melayu.
DAP juga putus asa untuk menimang cahaya mata baru untuk disusukan iaitu BERSATU. PPBM pada awalnya kelihatan bersama DAP namun menarik handbrek bila PPBM sedar sokongan kepada partinya hanya datang dari ahli UMNO sedangkan ahli UMNO telah terpahat dihatinya untuk tidak menerima DAP, mereka sanggup bergabung dengan PAS tapi bukan dengan DAP.

sultan-kelantan-sokong-pelaksanaan-hudud-di-kelantan

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BACA BERITA INI SELANJUTNYA

 

PEMBUKAAN PENGGAL PARLIMEN 2017 OLEH YANG DIPERTUAN AGONG YANG BARU

Persidangan Perlimen akan datang adalah pembukaan penggal, DYMM Yang Dipertuan Agung akan merasmikannya, umum mengetahui bahawa DYMM ini adalah Sultan Kelantan yang selama ini sangat berlunak dengan Islam. Titah ucapan baginda nanti sangat dibimbangi oleh parti-parti yang sedang pening ini, bagaimana jikalau sekiranya baginda bertitah semua MP Islam wajib memberikan sokongan kepada RUU Syariah ini ?

PAS kelihatan terus memacu meninggalkan parti-part yang sedang pening dan mabuk-mabuk.

SEBAB PAS TANGGUH RUU355 DI SISI UNDANG-UNDANG

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=oXZrnHDNdN4[/embedyt]

CATATAN KHAS: RUU 355, MENGAPA DITANGGUH LAGI PERBAHASANNYA ? (OLEH SAUDARA SYED AHMAD FADHLI)

1. Maaf, baru hari ini saya berkesempatan menulis catatan tertangguh ini kerana awal pagi Jumaat perlu menghantar Ummi dan Abah ke KLIA, kemudian terus bertolak pulang ke Rantau Panjang, Kelantan.

2. Sebagaimana yang dijanjikan, saya cuba merungkaikan beberapa kekeliruan berkenaan RUU 355 yang telah dibaca pindaan terhadap usul asal oleh Tuan Guru Presiden PAS (YB Marang) pada tengah hari Khamis, 24 November 2016.

3. Setulusnya, saya juga seperti ramai lagi yang di luar sana begitu berharap untuk melihat Tuan Guru Presiden PAS dapat berucap membentangkan RUU 355 kemudian ia dapat dibahaskan secara matang dan akhirnya dibuat pengundian samada ia diterima ataupun ditolak secara demokrasi.

4. Namun, adatlah resam perjuangan bukannya mudah dan sesegera yang disangkakan. Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bukanlah sama prosesnya seperti Rang Undang-Undang Kerajaan yang biasanya hanya melalui Bacaan Kali Pertama, Bacaan Kali Kedua dan Bacaan Kali Ketiga. Usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian YB Marang adalah yang pertama diberikan laluan oleh pihak Kerajaan untuk dibaca di dalam Dewan. Ia amat jarang berlaku, maka tidak hairanlah agak ramai yang terkeliru dan kurang faham proses pelaksanaannya.

catatan-khas-ruu-355-mengapa-ditangguh-lagi-perbahasannya-oleh-saudara-syed-ahmad-fadhli-1

5. YB Tan Sri Speaker sendiri turut memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang Ahli Persendirian. Sila rujuk Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, No 49 :

(1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam Perkara 67 dalam Perlembagaan siapa-siapa ahli yang bukan ahli Kerajaan yang hendak membawa Rang Undang-undang boleh meminta izin Majlis hendak berbuat demikian, dan ia hendaklah juga menyertakan bersama satu naskhah Rang Undang-undang berserta dengan huraian mengenai tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya, tetapi tidak boleh mengandungi apa-apa hujah pada masa membawa Rang Undang-undang itu.

(2) Tiap-tiap permohonan demikian itu hendaklah dengan cara yang dikeluarkan usul, dan ahli yang mengeluarkan permohonan itu hendaklah juga menyampaikan kepada Setiausaha suatu salinan usulnya mengandungi nama Rang Undang-undang yang dicadangkan itu. Setiausaha hendaklah enggan menerima apa-apa permohonan yang tidak menepati kehendak Peraturan-peraturan Mesyuarat ini atau mana-mana undang-undang Persekutuan.

(3) Apabila diperkenankan permohonan itu setelah dikemukakan kepada mesyuarat dan disetujukan usul itu, maka Rang Undang-undang itu akan disifatkan telah dibacakan kali yang pertama dan diperintahkan dicap; dan satu salinan Rang Undang-undang itu hendaklah disampaikan kepada Setiausaha.

Proses yang telah dilalui oleh YB Marang ialah Peraturan 49 (1) dan 2. Ia masih di peringkat usul yang belum dikira sebagai Bacaan Kali Pertama selagi mana ia belum dibahaskan dan majoriti Ahli Dewan bersetuju seperti dalam Peraturan 49 (3).

6. Bayangkan, belum pun lagi usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian YB Marang ini dibahaskan, terdapat ramai pihak yang menentangnya termasuk Ahli Parlimen Bukan Islam. Yang lagi bermasalah apabila para pemimpin parti bukan Islam ini sama ada yang berada di dalam Kerajaan mahupun Pembangkang memberikan tekanan begitu kuat agar usul RUU 355 ini tidak dibentangkan langsung apatah lagi dibuat pengundian.

7. Hal ini menyebabkan polemik dan persepsi begitu buruk berlaku terhadap Usul RUU 355 yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan orang Islam sahaja. Hal ehwal agama dan umat Islam cuba dicampuri oleh pemimpin bukan Islam, seolah-olah kita memerlukan keizinan mereka dahulu untuk memperkasa undang-undang orang Islam.  Dalam Sidang Media selepas bacaan usul pindaan, Tuan Guru Presiden PAS memberikan amaran kepada pemimpin bukan Islam ini supaya “Jangan berlagak seperti Gabenor Ahok di Jakarta”, ayat ini diulang 2 kali oleh Tuan Guru yang turut mengisytiharkan Himpunan Aman Raksasa bagi menyatakan sokongan terhadap RUU 355 ini akan diadakan sebelum Sidang Parlimen Mac 2017.

catatan-khas-ruu-355-mengapa-ditangguh-lagi-perbahasannya-oleh-saudara-syed-ahmad-fadhli-2

8. Mengapa pula usul RUU 355 dipinda daripada yang asal dibentang pada Mei 2016 ? Ini bagi memperincikan usul asal yang sering dijaja oleh pihak penentang bahawa ia “blank cheque”, ayat terlalu umum sehingga dikatakan memberi kuasa yang begitu luas kepada Mahkamah Syariah. Dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 1984, had maksimum kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah ialah 3-5-6 (Penjara 3 tahun, Denda RM 5,000 dan Sebatan 6 kali).

Dengan pindaan usul yang baru dibentang, had maksimum ini dicadangkan agar ditingkatkan kepada Penjara 30 tahun, Denda RM 100,000 dan Sebatan 100 kali mengikut tatacara jenayah Syariah. Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa hukuman penjara 30 tahun itu adalah bermakna Penjara Seumur Hidup selaras dengan Akta Keadilan Jenayah 1953 (Pindaan) 2007. Ia berbeza dengan hukuman Penjara Sepanjang Hayat yang bermaksud si pesalah dipenjarakan sehinggalah dia mati.

9. Agak hairan juga memikirkan mengapa pemimpin parti bukan Islam begitu risau akan pelaksanaan undang-undang Syariah ini yang tidak melibatkan mereka pun ? Adakah mereka takut seandainya syariat dilaksanakan, ramai pula orang bukan Islam tertarik dengan keindahan Islam. Sebatan 100 kali syariah itu bersifat mendidik, bukannya menyeksakan seperti sebatan sivil.

10. Semestinya Tuan Guru Presiden PAS ada sebab yang kukuh dan hikmahnya apabila memilih untuk berucap pada sesi sidang akan datang setelah melihatkan polemik tekanan dan tentangan keras pihak tertentu. Ia juga selaras dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat No 15 :

“(5) Usul seseorang yang bukan ahli Kerajaan yang telah dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus, apabila pencadangnya memberitahu hendak disambung dalam mesyuarat akan datang, hendaklah didahulukan daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang bukan ahli Kerajaan.

Begitu juga dengan tindakan beliau meminda usul agar bersifat lebih terperinci hukumannya setelah mempertimbangkan cadangan, teguran dan pandangan pelbagai pihak. Ini juga selaras dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat No 28 :

“Jika seseorang ahli hendak mengubah isi-isi sesuatu usul yang terdiri dengan namanya, maka bolehlah diubahnya dengan menghantarkan kepada Setiausaha, satu pemberitahu meminda usulnya itu tetapi disyaratkan iaitu pindaan itu, pada timbangan Tuan Yang di-Pertua, tidak mengubah asas atau tujuan yang terkandung dalam usul itu pada perkara besar-besar. Pemberitahu meminda usul itu adalah mula-mula berjalan daripada masa pemberitahu usul mula-mula.”

KENAPA GUNA PERKATAAN “MELEBIHI” ?

11. Ada juga pihak yang terkeliru mengapa dalam pindaan usul terbaru ini menggunakan perkataan “melebihi”, kata mereka sepatutnya perkataan “tidak melebihi” ? Jawapan penjelasannya mudah sahaja, apabila kita hendak meminda sesuatu undang-undang, usahlah dibaca hanya ayat pindaan. Rujuklah undang-undang asal, barulah tepat makna ayat untuk difahami. Dalam Akta 355 yang asal ia berbunyi :

“Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali.”

Anda tidak akan terkeliru sekiranya teks pindaan ini dibaca dengan ayat sebelum itu “Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum.”

12. Perjalanan ini masih jauh. Seandainya RUU 355 ini berjaya di peringkat Bacaan Kali Pertama nanti setelah ia dibahaskan dan mendapat sokongan simple majority, ia perlu melalui proses seterusnya seperti dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat no 49 :

(4) Dengan tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 51, Rang Undang-undang itu hendaklah dicap dan dihantar kepada ahli-ahli dan dengan tidak dibahaskan, terserahlah Rang Undang-undang ini kepada Menteri yang berkenaan dengan perkara-perkara atau tugas-tugas yang terkandung dalam Rang Undang-undang itu atau, jika tiada Menteri yang berkenaan, maka terserahlah Rang Undang-undang itu kepada Menteri atau ahli yang dilantik oleh Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh dijalankan apa-apa langkah atas Rang Undang-undang ini sehingga Majlis menerima penyata daripada Menteri atau ahli itu.

(5) Setelah diterima penyata yang disebutkan dalam perenggan yang lalu itu, maka Rang Undang-undang itu akan ditetapkan bagi dibacakan kali yang kedua pada hari yang dikehendaki oleh ahli yang menjaga Rang Undang-undang itu.

13. Semoga catatan ini serba sedikit dapat membantu memperjelaskan apa yang samar, menerangkan apa yang kelam. Selebihnya, kita nantikan penjelasan yang lebih lanjut oleh Tuan Guru Presiden PAS sendiri dan Dato’ Setiausaha Agung PAS yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.

 

Kredit :

– Muhammad Daneal Yusoff
– 
Syed Ahmad Fadhli

MyNewsViral


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment