“Semua lelaki teringin, tetapi …” – Imam Muda Asyraf jawab tuduhan kahwin dua

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PENDAKWAH selebriti, Imam Muda Asyraf menafikan dakwaan bakal memperisterikan seorang gadis berusia 20-an sebagai isteri kedua.

Menjelaskan tentang perkara itu, Asyraf, 34, memberitahu dia masih belum mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut.

“Mana ada! Sebelum ini saya ada terdengar khabar angin ini tetapi apa yang boleh saya katakan sekarang saya belum cukup mampu lagi.

“Semua lelaki teringin tetapi saya tiada perancangan ke arah itu.

“Keluarga yang sudah sedia ada pun saya rasa belum cukup mampu memberikan sepenuh masa, apatah lagi untuk tambah ‘cawangan’.

“Saya rasa cukuplah tumpuan diberikan untuk keluarga saya sekarang.

“Tetapi siapa yang ada perancangan silakan kalau mampu,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Seraimas di Ruang, Shah Alam baru-baru ini.

Asyraf telah mendirikan rumah tangga dengan Nur Husna Yusoff pada 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan dan Aisy Abdurrahman serta seorang puteri, Setiaku Aisyah. – Teks oleh: Amri Hassan

 

Sumber :
– http://www.astroawani.com/berita-hiburan/semua-lelaki-teringin-tetapi-imam-muda-asyraf-jawab-tuduhan-kahwin-dua-180592

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment