Seminggu berkurung gara-gara rambut perang

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Pelakon Farid Kamil mengakui, terpaksa ‘berkurung’ seminggu di rumah kerana malu bertemu orang ramai selepas mewarnakan rambut.

Farid, 36, berkata, dia terpaksa mengubah warna rambutnya kepada perang untuk disesuaikan dengan tuntutan karakter dalam drama bersiri terbaru, Lafazkan Kalimah Cintamu.

Disebabkan warna rambutnya yang terlalu terang itu, Farid hampir hilang keyakinan diri walaupun isterinya, Diana Danielle menganggap, perubahan itu perkara biasa yang perlu dilalui oleh seseorang pelakon.

“Seminggu saya tak keluar rumah kerana malu berdepan dengan khalayak gara-gara berambut perang. Saya rasa janggal biarpun Diana sering meyakinkan saya, tiada apa yang pelik dengan imej itu.

“Tidak tahu kenapa saya begitu risau, mungkin kerana tidak biasa mewarnakan rambut. Setiap kali orang menegur mengenai rambut, saya jadi segan dibuatnya,” katanya.

Selain Farid, drama adaptasi novel itu turut menampilkan pasangan pelakon adik-beradik, Nelydia dan Uqasha Senrose selain Azhar Sulaiman serta Ellie Suriaty.

Farid berkata, dia juga sedang memikirkan kemungkinan akan membotakkan rambutnya jika masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan imej baharu itu.

“Saya bagaimanapun, terpaksa tunggu selesai penggambaran drama itu sebelum membuat keputusan. Pernah juga terfikir untuk membotakkan kepala, tetapi saya akan lihat dulu bagaimana nanti,” katanya.

Selain penggambaran drama terbaru, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga sedang sibuk menjayakan promosi filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang akan menemui peminat bermula 12 Oktober ini. Farid juga bakal muncul dengan filem Pinjamkan Hatiku yang ditayangkan pada 30 November ini.

Sumber :
– www.bharian.com.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment