“Sekarang baru saya faham RUU355 dengan jelas” – Pandikar Amin

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

“Saya faham RUU dengan jelas. Sebelum ini samar-samar.”

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata demikian sejurus sesi pembentangan usul Ahli Parlimen Marang selesai.

Hari ini, beliau menzahirkan keterujaan beliau setelah hampir 9 tahun diberi mandat oleh parlimen untuk memegang jawatan speaker.

“Ahli YB sedia maklum perasaan saya turun naik seperti harga saham di KLC.

“Pada hari ini saya amat gembira dan teruja atas dua sebab.

Beliau menambah, sebab pertama ialah kerana berjaya berkuasa penuh untuk mengurus perjalanan mesyuarat tanpa kekangan peruntukan mesyuarat ke 15.

Selain itu beliau berkata, sebab kedua ialah kerana berjaya memahami RUU355 dengan jelas selepas dihuraikan oleh Ahli Parlimen Marang.

“Banyak risalah, banyak pendapat yang saya baca dan dengar mengenai RUU355.

“Setelah mendengar penjelasan hujah dari Marang dan hujah sokongan Kota Bharu, baru saya benar-benar jelas dengan sejarah RUU355.

 

Sumber :
– ulamasedunia.org


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment