Sayu, jam 5 pagi sepatutnya si kecil ini tidur di rumah, tapi ini jadinya…

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Tengah melayan Black Sabbath kat depan zouk,tiba-tiba ada budak dok berlari main tepi teksi aku, terkejut aku.Rupanya bapak dia kat belakang tengah meliar mata cari tin.Jam 5am budak-budak ni patut duduk di rumah,tidur.aku pun interview bapak dia.

Bapaknya nama Syukri, pencari tin sepenuh masa.Tinggal di Block B ,no.62 Flat Sri Johor,Cheras. RUMAH SATU BILIK. Ada 6 orang anak, ada yang bersekolah menengah dan rendah. Mendapat bantuan bulanan berupa barangan dapur dari JKM dan Baitulmal beri bantuan ringgit berjumlah lebih kurang rm350 sebulan.Jadilah lepas bayar sewa rumah dan barang dapur katanya.

Kalau ada siapa-siapa yang nak menyumbang,bolehlah terus ke alamat tersebut.Maklumat yang aku ambil ni aku dah mintak izin dari abang Syukri.Aku cakap mungkin ada kawan-kawan aku nak menyumbang.

Janganlah kita rasa derita kalau sehari dalam sebulan kita tak dapat bawa anak-anak makan McD atau KFC.Kalau kita susah,sentiasa beringat ada orang lagi susah dari kita.

Walaupun teksi tak pernah habis kena kecam,kena hina tapi aku tetap suka kerja sebagai supir teksi. Atas jalan raya ada macam-macam cerita, setiap lorong ada macam-macam warna,aku kutip…

 

Kredit :
– Hasmuhaimin Din Gulam

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment