“Saya tahu Tun M belum nyanyuk” – Ketua Parti BERSATU

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SHAH ALAM – “Saya tahu beliau (Tun Mahathir) jauh dari nyanyuk,” demikian kata Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menurutnya, mereka yang mengenali dirinya tahu sebelum ini beliau bukanlah peminat tegar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak setuju apabila Tun memperkasakan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti), menyalahgunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan melemahkan struktur demokrasi negara.

“Walaupun perbezaan pendapat, tidak dinafikan bahawa banyaknya projek-projek pembangunan yang beliau rintis di Malaysia. Peralihan Malaysia dari sebuah negara pertanian berat kepada ekonomi pembuatan. Dari negara yang tidak diketahui kepada harimau Asia yang dihormati.

“Daripada sebuah negara yang dibebani dengan kemiskinan dan buta huruf kepada suatu bangsa yang diberkati dengan peluang yang tidak terhad dan berpotensi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, selain sikapnya yang berani, Mahathir boleh ingat sejarah seperti seorang ahli sejarah. Malah, boleh menyusun strategi lebih baik daripada seorang ahli strategi dan boleh melawan lebih baik daripada seorang pejuang.

“Walaupun beliau dah berusia, saya tahu beliau jauh dari ‘nyanyuk’.

“Tun boleh ambik jalan senang dengan bersara, hidup dengan mewah tanpa ugutan atau kesusahan. Tetapi dia memilih jalan yang dipenuhi rintangan demi masa depan Malaysia. Berusia 92 tahun, tapi masih memperjuangkan martabat negara yang sudah tercalar,” katanya.

Katanya lagi, begitu juga bagaimana Mahathir mengubah Malaysia, Tuanku Sultan Johor telah melakukan perkara yang sama untuk Johor. Jelasnya, Johor menghormati setiap individu tidak kira agama atau pun bangsa.

“Kedua-dua tokoh ini adalah aset negara. Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api,” katanya.

Hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meminta ahli politik luar supaya jangan mencampuri urusan dalaman sehingga boleh mengelirukan dan memecah-belahkan rakyat negeri ini.

 

Sumber :
– www.suara.tv


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment