“Saya sumpah orang yang pecahkan cermin kereta saya ini menjadi ulamak” – Ebit Lew

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

YA ALLAH BERILAH HIDAYAH KEPADANYA !

Terkejut waktu pagi. Kereta kena pecah. Saya sumpah orang yang pecahkan dan seluruh keluarga dan keturunannya dapat hidayat dan jadi daie. Seluruh keluarganya jadi ulama yang buat dakwah. Ya Allah berilah hidayah kepadanya !

Setiap yang berlaku kerana Allah sayang. Salah saya tak buat dakwah. Dosa saya. Lailllaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin…pasti ada rahmat disebaliknya. Orang kata satu hilang Allah ganti jauh yang lebih baik. Berjuta rahmat Allah telah beri dan sedang beri setiap hari.

REZEKI KOPERAL

Tadi di balai, polis yang ambil report tengok saya. Ish saya kenal ni. Saya dengar ceramah ustaz di youtube. Banyak saya belajar. Teringin sangat nak jumpa. Katanya baru ini tayar saya pancit. Kata beliau, macam-macam rahmat Allah beri dalam hidup saya. Seronok dapat berbual dengan koperal. Baik orangnya. Dapat berbual iman pagi-pagi ni. Dari mula sampai habis hanya memuji Allah. Agungkan kebesaran Allah.

Masa nak keluar jumpa seorang kakak dia sedih suaminya aniaya dia. Dia berdoa ingin jumpa dan minta nasihat. Betapa Allah aturkan semuanya. Betul-betul diluar balai polis. Tiada yang sia-sia. Perancangan Allah sempurna cantik dan baik. Yang tak baik tak sempurna itu saya. Akak tadi kata terima kaseh Allah.

TUKAR CERMIN KAT KEDAI ORANG CINA, INI APA YANG TAUKE TU KATA…

Masa pergi kedai tukar cermin bukan Islam. Dapat dakwah dia. Saya kata padanya, 1 Allah ambil. 10 musibah bala sakit dijauhkan. Sebab tuhan baik. Allah baik. Dialah tuhan saya dan abang. Wah haji manyak tenang cakap sama haji. Bukan saya. Bila puji Allah memang tenang. Bahagia. Gembira. Dia tanya banyak soalan.

Dia baik tolong bersihkan kereta saya. Dia cakap kasut anak pun sudah banyak masuk kaca. Itupun dia bersihkan.

Saya kata, itulah kita ayah..bila anak belum pandai cakap menangis kita tak tahu mereka sakit atau kenapa. Menangis cara mereka berbual dan berinteraksi. Kita suruh diam. Sebab tu siapa marah dan pukul anak kecil yang menangis satu dosa. Allah marah. Mereka nak luah perasaan kita suruh diam.

Pengerusi taman dan jiran yang sangat baik. Jiran-jiran semuanya baik mengambil berat dan mendoakan. Ya Allah terima kaseh…tambahilah kebaikan dan rahmat buat semua jiran-jiranku dan buat kita semua.

Malam tadi baca Ta’lim di rumah bersama keluarga saya baca kisah Ibnu Abbas rhuma bila terima berita kematian anaknya dan adik-beradiknya dalam perjalanan. Beliau turun dari kenderaan dan solat 2 rakaat. Kemudian ucap Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dan baca Mintalah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan solat.

KENA MUSIBAH KECIL KERANA ALLAH NAK ELAKKAN DARI MUSIBAH LEBIH BESAR

Ingat seorang alim pernah berpesan, bila ditimpa musibah ingatlah. Kerana musibah ini kita diselamatkan dari musibah yang lagi besar. Semuanya kerana Allah sayang.

Terima kaseh Allah memberi pelajaran kepada diriku ini

 

Kredit :
– Ebit Lew
– MyNewsViral


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment