‘Saya disiasat tiga PM tapi tak didakwa’

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin menolak kecurigaan terhadap dirinya yang dilontarkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini mempersoalkan komitmen Daim terhadap ketelusan demokratik dan ketidakmampuan mantan menteri kewangan itu untuk “menjelaskan beberapa masalah besar pada masa lalu.”

Mengulas hal berkenaan, Daim berkata beliau tidak pernah didapati bersalah terhadap sebarang salah laku walaupun tertakluk kepada banyak penyiasatan di bawah beberapa pentadbiran.

“Orang ramai tak tahu ini tetapi setiap kali mereka membuat laporan (terhadap saya), saya telah disiasat … polis dan SPRM semua telah datang dan menyiasat saya.

“Setiap masa! Ketika masa (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, semasa (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan juga di bawah masa (Datuk Seri) Najib Abdul Razak.

“Setakat ini, saya belum didakwa (mahkamah).

“Satu-satunya perkara yang mereka dapat (melibatkan saya) adalah Suruhanjaya Siasatan Diraja (skandal Forex Bank Negara) yang saya fikir malahan Mahathir dan Anwar juga turut dipanggil,” katanya ketika ditanya semasa sidang akhbar di Menara Ilham hari ini.

Anwar, yang telah dibebaskan sepenuhnya dan dilepaskan daripada penjara pada Rabu minggu ini, juga menimbulkan kebimbangan mengenai “Umno 2.0” yang merangkumi kerajaan Pakatan Harapan sekarang.

Sumber :


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment