Saudara Ujang Anon, individu yang menaikkan Upin Ipin 6 tahun lepas akhirnya dipecat dalam tempoh 24 jam

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Saudara Ibrahim Ujang Anon yang dikenali ramai sebagai Ujang “Siri majalah komik Ujang” keluaran MOY Publication semalam telah memuat naik status di akaun facebook milik beliau sendiri atas kekecewaan kerana telah dipecat oleh pihak produksi yang dipercayai milik kartun 3D kanak-kanak popular Upin dn Ipin.

Sudahlah jatuh ditimpa tangga, Abang Ujang yang perlu menyara 4 orang anak dan isteri yang sedang alami cancer ini terus merayu kepada pihak produksi terbabit namun dikhabarkan ia tidak diendahkan.

Berikut luahan isi hati Ujang Anon :

Onam tahun yang lalu sobuah syarikat yang tidak di kenali dalam dunia penerbitan dan baru di tubuhkan serta tiada pengalaman terbit komik hantar wakil ko ghumah den mintak tolong ajar teghobitkan komik.Den sebona ey dah bosan dongan dunio penerbitan yang ponoh pengelepetan pada golongan artis.Tapi wakil syarikat tak beghonti datang ghumah dan merayu agar membantu.Den mintak 15k sobulan untuk buek kojo monyediokan konsep,buek pagination,ajar cagho nak apply permit kdn,rekemenkan pengedar,ajar kontrol printing dan monyusun sidang redaksi serta memantau perjalanan majalah.Tompi sobab syarikat baru….mereka tak mampu nak bayar dan menawarkan untuk bayar rm2k sobulan dan molantik den sobagai penasihat komik.Selopeh onam tahun bejalan dongan baik dan mereka dah pandai….minggu lopeh den pun di beghontikan 24 jam melalui talipun maso den on the way ke Tasik Kenyir.Giliran den pulak merayu ….tapi tak di layan sobab mereka dah tau nak buek sumo bondo tompo bantuan den.Takpo lah……den ucapkan selamat maju jayo dan kenang daku dalam doa mu.Amin

 

Kredit : 
– Ibrahim Ujang Anon


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment