Satu-satunya di dunia, TMJ boleh terbang terus ke Korea Utara

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diberi kebenaran istimewa untuk membuat penerbangan terus ke Pyongyang. Tunku Ismail Sultan Ibrahim boleh menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa jika melawat negara Korea Utara.

“Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu,” kata kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers.

Perkara itu dicapai ketika Tunku Mahkota Johor menerima kunjungan Charge D’Affairs Korea Utara Kim Yu Song semalam.

Pertemuan itu bagi membincangkan jaminan keselamatan kedua-dua pasukan pada perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan ‘AFC Asian Cup UAE’ 2019 Peringkat Kumpulan B serta isu lain.

Perlawanan tertangguh ekoran ketegangan dua negara berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 13 Februari lalu.

Abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un yang mahu ke Macau, China mati akibat diracun selepas kepalanya diserkup kain yang mengandungi bahan kimia.

Sumber :
www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment