Saharul guna duit MARA beli kereta untuk bakar semangat belajar

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Pelakon Saharul Ridzuan tampil membuat penjelasan berhubung dakwaan dia menggunakan wang pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membeli kenderaan ketika masih bergelar seorang penuntut di sebuah kolej.

Kata Saharul, dia tidak berhasrat untuk menjadi contoh negatif kepada sesiapa ekoran salah tafsir ke atas luahan hati yang pernah dikongsi di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut Saharul, dia sebenarnya menggunakan wang berkenaan sebagai pemangkin demi belajar bersungguh-sungguh.

“Macam mana tak nak bayar pinjaman MARA, kena dapatkan senarai dekan 3.5 ke atas untuk tukarkan pinjaman kepada biasiswa.

“Bagaimana nak buat kalau tidak ada pembakar semangat, itu sebab saya wujudkan komitmen, dari situ berani pertaruhkan…

“Itu sebab beli kereta dan tak nak bayar duit pinjaman,” katanya melalui beberapa siri klip video dimuat naik di Instagram.

Mengulas lebih lanjut, kisah itu kata Saharul ia bermula sewaktu dia berada pada tahun kedua pengajiannya.

Tak minta dicontohi pun

Sebelum membuat keputusan menggunakan wang berkenaan, katanya, dia terlebih dahulu berfikir masak-masak perkara yang berkemungkinan berlaku selepas pengajian berakhir.

“Saya dah fikir selepas tamat pengajian apa yang akan dihadap. Pertama, macam mana saya nak bayar duit pinjaman MARA saya. Dalam anggaran RM45,000 sebab di swasta.

“Kedua kalau dah dapat kerja nak pergi kerja naik apa? Takkan naik motor, boleh la tapi kalau hujan bolehlah pakai baju hujan tapi kalau ada kereta kan senang boleh bergilir-gilir. Waktu itu ada motor,” katanya.

Bagaimanapun katanya dia hanya menggunakan sejumlah kecil wang diperolehi daripada MARA itu, selain menjual motosikal dimiliki bagi menampung kos pembayaran duit muka untuk membeli kenderaan jenis Perodua Viva diidamkannya.

Terdahulu Saharul berkongsi mengenai perjalanan hidupnya yang dulu menggunakan Viva sehingga Mercedes Benz ketika ini, namun masih beranggapan dia belum berjaya sepenuhnya kerana belum cukup amalan untuk akhirat.

BERJAYAKAH AKU? . Post ini sekadar perkongsian tentang diri aku . Viva ini aku beli gunakan duit pinjaman Mara utk bayar deposit, tapi aku grad dengan 3.71, Diploma in Aircraft Maintenance, pinjaman itu dah jadi scholarship, aku tak perlu bayar apa2. BERJAYAKAH AKU? . Rezeki aku dibidang lakonan, kereta inilah yang aku gunakan masa mula2 aku berlakon, insan yang mula2 ambil aku tanpa casting utk pegang watak utama walaupun aku kosong dalam lakonan adalah GURU, KAKAK, IBU aku, sis @sheilarusly_jspictures . Aku pernah ditampar diset, tapi aku tak ambik hati langsung, aku tahu Guru aku sedang mengajar aku atas kesilapanku. Masa tengah shooting #KauAkuKita dgn @jannanick , aku ckp dekat sis “Sis, sy nak award, sy nak orang nampak hasil kerja saya”. Kami sapu semuanya dalam DFKL2016. Terima kasih Sis dan abg @jinggo_jspictures . Sampai mati sy akan jasa ingat sis dan abg jinggo, sy sayang sis dan abg jinggo. SY MINTA MAAF, sy hilang sekejap, sy JANJI sy akan datang balik utk banggakan sis dan abg jinggo. Terima Kasih 🙏 ❤. BERJAYAKAH AKU? . Dan sekarang, aku berdiri di hadapan sebuah kereta yang penuh dengan sentimental value, merenung betapa susahnya mendaki sebuah kejayaan. Mandi di petronas, kereta rosak tengah jalan, accident, macam2 lagi. Sehinggalah aku mampu untuk pakai kereta Merc di belakangku hasil tunjuk ajar Guru aku, @man_sixpointtwo @aku_afendy @fizoomar , walaupun hanyalah sebuah kereta recond, tahun 2013. BERJAYAKAH AKU? . Tidak, AKU BELUM BERJAYA. Solatku belum sempurna 5 waktu, bacaan Al-Quran ku masih salah, yakinku pada rezeki dari Allah belum sepenuhnya, tabahnya aku dalam setiap dugaan Allah masih lemah, utk katakan TIDAK pada perkara yang salah, AKU BELUM BERJAYA. Nilai kejayaan bukan dinilai dari harta benda. Semuanya akan ditarik, yang tinggal hanya AMALANKU . Jadi, bilakah aku akan BERJAYA? Selepas nyawaku diambil, disoal segala apa yang aku lakukan, walau sebesar zarah sekalipun. SYURGA atau NERAKA . AKU NAK BERJAYA KE SYURGA. Itulah kejayaan yang sebenar utk aku dan tugasku memimpin keluargaku bersama-samaku, aku perlukan Guruku, ustaz @tarmiziabdrahman ,kerana untuk ke SYURGA, usahaku perlu lebih, lebih dari semuanya yang aku usahakan.

A post shared by SR (@saharulridzwan) on

Ia mengundang perhatian seorang netizen yang beranggapan seorang penuntut tidak wajar menggunakan wang pinjaman pengajian untuk kesenangan peribadi.

“Apa saya nak tekankan adalah saya masih belum berjaya tapi disebabkan mesej saudara saya akan jelaskan apa saya buat,” katanya.

Saharul berkata dia tidak menganggap apa yang dilakukannya itu sebagai salah.

Malah Saharul bersyukur disebabkan “kaedah” digunakan itu membuatkan dia mampu memperoleh keputusan cemerlang walaupun tidak meminta apa yang dibuatnya diteladani umum.

“Alhamdulillah syukur dengan izin Allah dapat 3.71 tetapi saya tak mintak orang mencontohi saya,” katanya.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment