Sah ! Bapa bunuh 3 anak, gantung diri disyaki diganggu Ah Long

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Seorang bapa yang disyaki membunuh ketiga-tiga anaknya dan menggantung diri di Sungai Petani semalam dipercayai melakukan perbuatan itu akibat gangguan daripada ah long, lapor akhbar harian Tamil, Makkal Osai hari ini.

Terdahulu dilaporkan bahawa S Sivarau, 49, seorang kontraktor, menghadapi masalah kewangan.

Sivarau ditemui di bilik atas rumah dua tingkat di Perdana Heights, Amanjaya, manakala anak perempuannya Yamuna Sri,8 serta dua anak lelaki Raghuram Rau, 6 dan Sashvin Rau,5 ditemui mati di katil dalam bilik yang sama, dipercayai ditekup dengan bantal.

Isteri Sivarau, V Kamini, juga menggantung diri di bilik yang sama, tiga minggu lalu.

Ibu Kamini, S Punitha, mengatakan dia tinggal di rumah dengan menantunya sejak anak perempuannya membunuh diri untuk membantu menjaga anak-anaknya.

“Kali terakhir saya temui mereka semasa makan malam pada hari Ahad dan selepas itu, dia pergi ke biliknya di tingkat atas.

“Sekitar pukul 5 pagi semalam, saya mendengar cucu saya menjerit dan ketika saya tanya mengapa, Sivarau kata dia hanya mengalami mimpi buruk dan semuanya baik-baik saja,” kata Punitha.

Tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk, dia melakukan kerja-kerja rumah seperti biasa dan hanya mengetahui kejadian itu selepas mereka tidak turun untuk makan tengah hari.

Sumber :
https://www.malaysiakini.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment