RUU355 : Rafizi ingat dapat buat gempak, sekali dilipat Speaker Dewan pulak !

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Mungkin ramai yang hairan dengan kelakuan beberapa ahli parlimen Islam pada penghujung sidang parlimen semalam. Walaupun ramai tidak berpuashati penangguhan sidang di saat RUU355 belum sempat diperbahaskan, tetapi ramai lebih tersinggung dengan sikap Khalid Samad, Tony Pua, Rafizi Ramli, Hanipa Maidin dan lain-lain yang amat memalukan.

Entah kenapa mereka begitu berang semalam. Jika mahu berbahas untuk menyokong, sepatutnya emosi mereka tidak begitu terganggu selepas penerangan-penerangan yang jelas daripada Tuan Guru Abdul Hadi dan Dato Takiyudin Hasan.

Bahkan emosi mereka sepatutnya dalam keadaan gembira kerana dua sebab. Pertama, buat kali pertama dalam sejarah, usul daripada pembangkang berjaya dibentang di parlimen. Kedua, usul yang dibawa adalah berkenaan penaiktarafan syariat agama mereka sendiri.

Sebenarnya mereka mempunyai rancangan lain. Semasa sidang media yang mereka adakan sejurus berakhir sidang parlimen, Rafizi menyatakan bahawa beliau sebenarnya mahu bertanya di parlimen tentang maklumat yang diterima beliau, bahawa dana 1MDB disalurkan melalui seorang tokoh yang rapat dengan PAS.

Ya! Mereka mahu mengalih perhatian tentang isu pemerkasaan syariah Islam kepada isu politik murahan yang berstatus tuduhan tanpa bukti. Isu yang bertitik tolak dari Sarawak Report, kemudian Husam dan kini beliau. Walaupun maklumat antara ketiga pihak ini tidak konsisten, tetapi ia tetap digunakan bagi menggambarkan wujud pakatan sulit antara Umno dan PAS.

Apabila Speaker, Tan Sri Pandikar menggunakan kuasanya untuk menangguh dewan, terpekik terlolonglah mereka kepanasan. Mana taknya, mereka sudah bersedia untuk perkara itu. Mereka tahu jika tuduhan dibuat di parlimen, mereka tidak boleh diambil tindakan undang-undang walaupun ianya palsu. Tambahan pula Rafizi dijadualkan sebagai pembahas pertama untuk RUU355 ini. Keputusan Speaker benar-benar anti klimaks buat mereka.

Tapi sidang media semalam, seakan Rafizi sudah tersilap langkah. Perkara yang sepatutnya disebut di dalam dewan rakyat, terlanjur di sebut di luar dewan. Ini bukan pertama kali beliau tersasul di hadapan media. Pasti beliau tak senang duduk sekarang.

Adakah pemerintah dapat menghidu rancangan mereka? Saya rasa tidak. Umno punya sebab lain mengapa ia ditangguh. Mereka sebenarnya memikirkan kelangsungan politiknya. Dalam barisan pemerintah terutama ahli parlimen bukan Islam, kini sudah timbul hasutan supaya menolak kepimpinan Najib atas tuduhan cuba membawa negara kepada konsep negara Islam.

Umno dalam keadaan tersepit. Jika mereka menolak RUU355, mereka akan dihukum penyokong sendiri. Jika mereka menerima, mereka akan dijatuhkan melalui sebilangan rakan yang tidak mahu Islam.

Apa jua keadaan, PAS berada dalam keadaan paling selesa. Sudah tidak timbul soal ditipu atau tidak. PAS sudah mendapat peluang yang begitu luas untuk membawa aspirasinya ke dewan rakyat. Apa yang jelas, pembangkang lain merasa tertipu dengan tindakan Speaker. Itu yang seperti kera kena belacan.

Walaupun RUU355 belum dapat diluluskan, tetapi inilah hasil pendekatan terbaru PAS melalui BPMS. Jika dilihat sejarah pencapaian PAS dalam menegakkan agama di bumi Malaysia ini sejak ditubuhkan, semalam adalah pencapaian tertinggi yang pernah diraih.

Inilah berkat kesabaran ahli dan pimpinan PAS selama ini. PAS tidak pernah gopoh dalam mengharungi simpang siur siasah negara. Dalam keadaan banyak gerakan Islam negara lain sudah diharamkan, ada pula yang berubah menjadi liberal dan sekular, ada juga yang menjadi radikal mengangkat senjata, tapi PAS tetap istiqamah dengan muwajahah silmiah tanpa menggadai prinsip asolah.

Lebih 65 tahun usia PAS kini, menandakan berjuta pengalaman telah dilalui. PAS sudah berada pada tahap kematangan yang begitu tinggi. PAS sudah bersabar lebih setengah abad. Oleh itu PAS tidak bermasalah langsung untuk terus bersabar hingga ke sidang hadapan bagi meneruskan RUU355!

 

Kredit :
Alang Ibn Shukrimun


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment