Roslan Shah tegur sikap netizen kutuk ‘atok’ berjoget

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PELAKON dan penyanyi, Roslan Shah memberi nasihat pada netizen yang mengutuk tindakan seorang lelaki bergelar datuk yang berjoget bersama seorang penyanyi.

Ujarnya, semua manusia mempunyai pandangan berbeza apabila melihat aksi warga emas itu menarik dalam satu video yang menjadi viral di media sosial.

Bagaimanapun, dia memberi nasihat agar netizen tidak melemparkan kata-kata negatif pada atok tersebut.

“Semua manusia akan mati termasuk diri cik lan….tak kira muda atau tua….janganlah menyumpah dan kecam atok ini …kita akan mati suatu hari nanti yang masih hidup kita tidak tahu apa akan berlaku di dalam kubur nanti kerana Mati itu sudah pasti dan Itu antara Allah dan kita saja yang akan tahu apabila kita di alam bazaar kubur nanti.

” Kita pun tak tahu Atok ini amalan solat dia lebih baik daripada kita pun tak pasti…Bagi cik lan kita doakan yang baik baik saja ya insyallah hati kita bersih dan positive kepada sesiapa saja,” katanya menerusi akaun Instagramnya.

Walaupun Atok ini dah viral di FB kaki Share….ada yang kutuk dan ada yang think positive serta ada yang berikan kata kata nasihat….semua manusia ada pendapat masing masing….yes kita tahu ajal maut di tangan Allah….semua manusia akan mati termasuk diri cik lan….tak kira muda atau tua….janganlah menyumpah dan kecam atok ini …kita akan mati suatu hari nanti yang masih hidup kita tidak tahu apa akan berlaku di dalam kubur nanti kerana Mati itu sudah pasti dan Itu antara Allah dan kita saja yang akan tahu apabila kita di alam bazaar kubur nanti. Kita pun tak tahu Atok ini amalan solat dia lebih baik daripada kita pun tak pasti…Bagi cik lan kita doakan yang baik baik saja ya insyallah hati kita bersih dan positive kepada sesiapa saja…..kita menyumpah sesama manusia yang diri kita ni adakah terlalu baik atau jahat…Allah saja yang boleh menilakan niat nawaitu kita saja…Manusia boleh cakap apa saja…syurga atau neraka Allah yang menentukan….yang penting amalan kita di dunia kena sempurnakan dulu sebelum kita nak sempurnakan orang lain…..adat manusia ada yang baik atau ada yang jahat…yang penting kita berbanyak berzikir..insyallah…hati kita akan tenang dan berbaik dengan sesiapa saja…niat busuk hati tu akan dapat di hapuskan segera sebelum kita bertaubat… #share3….#Love3….#utkkebaikandirisendirijugak

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on

Roslan mahhu netizen berfikir semula sama ada tindakan menyumpah sesama manusia adakah terlalu baik atau jahat.

“Allah saja yang boleh menilakan niat nawaitu kita saja…Manusia boleh cakap apa saja…syurga atau neraka Allah yang menentukan….yang penting amalan kita di dunia kena sempurnakan dulu sebelum kita nak sempurnakan orang lain,” katanya.

Dia memuat naik video atok itu kelmarin ketika menjadi pengacara majlis dalam satu persembahan di Singapura.

Teks oleh: Elrafaei Sapi


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment